Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pekerja Stesen Minyak Cemas, Dua Individu Lempar Bom Petrol - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pekerja Stesen Minyak Cemas, Dua Individu Lempar Bom Petrol


Pekerja di sebuah stesen minyak Jalan Kuching-Kota Samarahan di sini berdepan detik mencemaskan apabila premis tersebut dilemparkan bom petrol oleh dua individu tidak dikenali dalam satu kejadian tengah malam tadi. 

Kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu telah mengakibatkan kebakaran kira-kira 10 peratus pada bahagian luar satu unit pam minyak di stesen tersebut.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 12.07 tengah malam.

Menurutnya, sejurus menerima laporan insiden, 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja pemadaman api. "Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian, pasukan bomba mendapati kebakaran terkawal sepenuhnya.

"Kecekapan serta tindakan pantas pekerja di stesen minyak itu telah berjaya memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Mengulas lanjut, Ling Hii memberitahu, pengurus stesen minyak tersebut kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada pekerja stesen minyak itu, terdapat dua individu telah melarikan diri menggunakan sebuah motosikal selepas melempar bom petrol ke arah premis tersebut. "Operasi tamat sepenuhnya selepas pasukan bomba mendapati keadaan terkawal," ujarnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DAGCpe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.