Hi! Welcome Back and Stay Tune! Percubaan pertama Khai Bahar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Percubaan pertama Khai Bahar

MENERUSKAN kecemerlangan yang diraihnya sepanjang 2017, penyanyi Khai Bahar kini sibuk mengatur perancangan dalam kerjaya seninya untuk tahun ini.

Penyanyi yang bernaung di bawah label NAR Records ini juga meluahkan hasratnya untuk mencuba perkara baru dalam usaha memberi lebih warna kepada perjalanan seninya.

Selepas popular dengan beberapa single solo yang berjaya memperkenalkan namanya kepada industri, Khai memberitahu bakal tampil dengan single duet pertamanya yang bersama pendatang baru, Fatin Husna.

“Ia merupakan percubaan pertama saya menghasilkan single duet dan juga antara perancangan pengurusan yang mahu saya tampil dengan sesuatu yang baru.

“Kebetulan Fatin juga bernaung di bawah label yang sama dengan saya menjadikan prosesnya lebih mudah dan berjalan lancar,” katanya.

Tidak sekadar itu, pelantun lagu Luluh ini juga teruja apabila impian untuk berduet dengan penyanyi idolanya, Siti Nordiana bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Khai, perbincangan sudah dilakukan dan kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan rakaman.

“Alhamdulillah, dapat rezeki untuk buat projek duet dengan Siti Nordiana dan semestinya saya tak sabar nak tunggu ia menjadi kenyataan.

“Saya sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana kerana setiap kali jumpa dia pun saya teruja macam pertama kali jumpa, apatah lagi dapat berduet dengannya nanti,” luah Khai jujur.

Selain perancangan single tersebut, penyanyi kelahiran Perlis ini juga bakal tampil dengan album pertamanya tahun ini.

Menurut Khai, mini album yang akan memuatkan enam buah lagu termasuk single yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

“Album ini untuk peminat kerana terlalu banyak menyokong kerjaya seni saya dari awal bermula sehinggalah saat ini.

“Insya-ALLAH album yang berkonsepkan balada ini akan menampilkan enam lagu terbaik sebagai hadiah buat peminat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Khai tidak menolak akan menghasilkan album berkonsep ketuhanan pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan peminat.

“Peminat mula menyuarakan tentang perkara itu apabila beberapa kali mendengar saya mengalunkan zikir dan menyanyikan lagu bertema sebegitu.

“Memang saya ada perancangan menghasilkan album ketuhanan, tapi bila masanya belum tahu lagi kerana buat masa ini saya perlu memberi perhatian kepada projek lain terlebih dahulu,” akuinya.

Dapat sambutan di Indonesia
Seiring populariti yang dikecapnya, Khai mengakui turut mendapat tawaran berlakon. Malah khabarnya, Siti Nordiana turut menggalakkan Khai berlakon dan mengembangkan bakatnya dalam bidang itu.

“Kalau tawaran itu sesuai dan dipersetujui syarikat pengurusan, saya tidak ada masalah mencuba.

“Memang saya akui tidak pernah berlakon dan tidak ada bakat, tapi saya percaya kalau ada kesungguhan untuk belajar, Insya-ALLAH akan dipermudahkan,” katanya lagi.

Bukan hanya dikenali peminat di tanah air, tetapi nama Khai juga kini sedang hangat diperkatakan di negara jiran, Indonesia dan berjaya mengumpul ramai penyokong di sana.

Malah setiap kali nama Khai tercalon dalam anugerah yang memerlukan undian, peminat dari Indonesia turut bersatu menyatakan sokongan mereka sehingga kemenangan berpihak kepadanya.

“Alhamdulillah saya sendiri tidak pernah menyangka turut dikenali di Indonesia, apatah lagi dalam usia kerjaya seni saya yang masih terlalu baru ini.

“Baru-baru ini saya dijemput ke sana untuk membuat rakaman lagu Doa Yang Diijabah, yang juga merupakan lagu runut bunyi filem Indonesia, Haji Kecil.

“Saya melihat ia sebagai satu permulaan yang baik dan berharap dapat mengembangkan kerjaya seni di sana pula nanti,” ujar Khai.

Dalam perkembangan lain, Khai kini sedang sibuk membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) yang bakal menyaksikan lagu Bayang sebagai salah satu daripada finalis.

“Saya cuba memberikan persembahan yang sebaik mungkin kerana ini pengalaman pertama beraksi di pentas besar begini.

“Jujurnya saya tidak fikirkan langsung kalah atau menang kerana saya hanya mahu tampil dengan persembahan terbaik sahaja agar ia menjadi kenangan paling manis buat saya kalau ia selepas ini tidak lagi mempunyai peluang untuk ke pentas itu,” luahnya berterus-terang.



Sumber Percubaan pertama Khai Bahar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mZS2s8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.