(VIDEO) ‘Tolong Hantar Saya Ke Masjid. ‘ Pakcik Tau Pakcik Orang Susah, Buta Sebab Tu Orang Tak Nak Tolong Pakcik''
Sedikit coretan & nukilan.
Semalam sebelum masuk waktu solat zohor, saya on the way lunch di nasi ayam maharaja (keramat permai), terjumpa pakcik ni kat depan hotel seeds dan berdiri kat tengah panas sambil memegang kertas bertulis, "Tolong Hantar Saya ke Masjid Muadz''.
Yang saya perhati ketika itu,banyak kereta yg lalu lalang tp takde satu pun yang stop by and offer nak hantarkan.. Dengan rasa rendah diri,saya berhenti kereta depan pakcik ni and bawa dia masuk kereta..
Sambil tu sempat lah borak and tanya2 pakcik ni..
Pakcik ni cakap dia dah lama stay kat hotel seeds .. memang inilah rumah dan tempat tinggal dia.. and everytime nak masuk waktu solat,dia akan berdiri and tunggu kat depan hotel smile tu,tak kisahlah berapa lama pun sampai ada yg sudi tumpangkan dia..
Yang sedihnya,pakcik ni cakap , ‘byk sgt kereta lalu lalang tapi takde satu pun yg berhenti..pakcik tau pakcik orang susah , pakcik buta sebab tu orang taknak tolong pakcik’ .. Ya ALLAH sebak rasanya hati ni masa dengar tu..
Pakcik ni pun ada mengadu yg baitulmal pun susah nak tolong walaupun dia ni OKU,kalau dpt pun tak banyak and lambat ..BRIM pulak lambat lagi dapat .. Sedih bila dengar orang mcm ni mengadu nasib dia kat kita ..
So bila saya dh drop pakcik ni dalam kawasan Masjid Muadz Setiawangsa,saya sempat sedekahkan sikit mana yg saya mampu,and pakcik tu tanya , ‘warna apa ni’? Then saya bgtau warna apa..
* Saya buat status ni bukanlah utk riak,tapi saya nak minta tolong dan remind kat semua yg berdekatan area Keramat Permai / Setiawangsa , kalau sesiapa nampak pakcik ni tgh berdiri sambil pegang kertas,atau pun sesiapa yg solat di Masjid Muadz Setiawangsa,minta tolong tumpangkan dia.. tak susah pun,hantar dekat2 situ je...
Janganlah sekilas pandang atau sepintas lalu tanpa memberikan bantuan...pakcik ni tak minta wang ringgit pun,dia nak minta tumpang pergi atau balik dari masjid je...
* Bagi yg tidak tahu pakcik ni tinggal di Seeds Hotel,Keramat Permai ( same row building KRU lama,sebelah Caltex and dekat dgn LRT Setiawangsa )
Semoga kita semua mendapat Rahmat dari-NYA , InsyaAllah .....
VIDEO:
VIDEO:
Kredit: Irzaq Khalis
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DAGPJ2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment