Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sherry AlHadad, Alif Satar pengacara AJL32 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sherry AlHadad, Alif Satar pengacara AJL32

SABAN tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) menjadi acara muzik paling dinantikan peminat untuk menyaksikan lagu yang bakal diangkat sebagai karya terbaik.

Memasuki edisi ke-32, AJL tahun ini bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari depan dengan menyaksikan 12 lagu berentap untuk bergelar juara.

Lagu-lagu tersebut ialah Akhirnya Cinta (Salma), Aku Cinta (Syamel & Erni Zakrie), Aku Yang Sebenar (Hazama The Penglipur Lara), Amboi (Altimet), Bayang (Khai Bahar) dan Jampi (Hael Husaini).

Lagu lain ialah Lebih Sempurna (Syamel), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Sejati (Azmi Caliph Buskers), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli) dan Warkah Untukmu (Ara Johari).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak, AJL masih lagi mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.

“Kami bangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, tetapi AJL dilihat menjadi pentas idaman penyanyi untuk mempamerkan kualiti vokal dan persembahan.

“Selain itu, demi menampilkan kelainan bersesuaian tema, buat pertama kali tahun ini trofi AJL32 disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen Rizman Ruzaini,” katanya.

Malah tambah Jogan lagi, selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu dan bertenaga finalis dengan persembahan dipertaruhkan, penonton sentiasa ternanti-nanti fesyen yang bakal digayakan mereka.

“Muzik dan fesyen tidak boleh berpisah. Kami rasa tema tahun ini amat bertepatan,” ujarnya di  majlis sidang media Anugerah Juara Lagu ke-32 di Hotel JW Marriot, pada Rabu.

Selain 12 lagu yang dipertandingkan, gandingan pengacara AJL juga sentiasa mencuri tumpuan ramai kerana menjadi elemen penting yang memastikan perjalanan acara ini berlangsung dengan jayanya.

Jika tahun lalu menampilkan Awal Ashaari, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana dan Fizi sebagai pengacara, kali ini gandingan Sherry Al-Hadad dan Alif Satar diberi tanggungjawab menggalas tugasan ini.

Malam kemuncak AJL32 bakal dihangatkan lagi dengan persembahan hebat dari penyanyi jemputan yang terdiri daripada Datuk A Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie, Edrie Hashim, Siti Sarah, Stacy, AG Coco dan Waris.



Sumber Sherry AlHadad, Alif Satar pengacara AJL32

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mZS3fG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.