Hi! Welcome Back and Stay Tune! China Halau Kapal LS Langgar Kedaulatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China Halau Kapal LS Langgar Kedaulatan

BEIJING: China, hari ini menghantar kapal perang untuk mengusir pemusnah peluru berpandu Amerika Syarikat yang 'melanggar' kedaulatannya dengan belayar berhampiran beting di Laut China Selatan.

USS Hopper belayar pada jarak 12 batu nautika dari Pulau Huangyan pada malam 17 Januari lalu tanpa memberitahu Beijing, kata Kementerian Luar, merujuk kepada beting itu dalam nama bahasa Cina.

Ia juga dikenali sebagai Beting Scarborough, gugusan batu karang terletak kira-kira 230 kilometer dari Filipina di Laut China Selatan, yang turut menyaksikan tuntutan Beijing dicabar beberapa negara lain.

Kapal perang AS itu 'melanggar' kedaulatan dan kepentingan keselamatan China' dan meletakkan keselamatan kapal China berhampiran 'dalam bahaya', kata jurucakap Kementerian Luar, Lu Kang.

Kementerian Pertahanan China, dalam kenyataan berasingan berkata kapal negaranya segera bertindak untuk mengenal pasti dan mengesahkan kapal AS dan mengusirnya dengan memberi amaran.

USS Hopper baru-baru ini memasuki kawasan operasi Armada ke-7 Tentera Laut AS, dengan kapal itu bertindak bebas, menurut kenyataan yang disiarkan awal bulan ini.

Misinya di Asia termasuk kerjasama keselamatan, membina kapasiti dan melakukan operasi rutin di kawasan itu. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mYwddf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.