Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Kristian Biadab Jual Arak Disebat Di Aceh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Kristian Biadab Jual Arak Disebat Di Aceh



JAKARTA – Seorang lelaki warga Indonesia penganut Kristian dikenakan hukuman sebat secara terbuka semalam selepas didapati bersalah kerana sengaja menjual arah di wilayah Aceh.

Suspek tersebut yang dikenali sebagai Jono Simbolon dikenakan hukuman berkenaan dengan dirotan di atas pentas khas di luar sebuah masjid terletak di ibu kota Banda Aceh, menurut laporan media antarabangsa.

Dia menjadi bukan Islam yang ketiga dijatuhi hukuman sebat di tempat awal sejak Aceh, wilayah di utara pulau Sumatera yang mula melaksanakan undang-undang syariah selepas diberikan kuasa autonomi pada 2001.

“Ini komitmen kerajaan kami untuk kuat kuasa undang-undang Islam, kata Datuk Bandar Banda Aceh, Aminullah Usman. Seorang doktor memeriksa keadaan kesihatan Simbolon selepas sebatan ke-10 sebelum disebat lagi.

“Jika ada yang melanggar undang-undang, segera laporkan kepada polis syariah dan kami akan menjalankan hukuman seperti hari ini,” kata Aminullah. Simbolon antara 10 individu dikenakan hukuman tersebut semalam.

Mereka masing-masing terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita yang dihukum sebat selepas solat fardu Jumaat atas pelbagai kesalahan syariah termasuk disabitkan mahkamah terlibat dalam aktiviti pelacuran dan perjudian.

Sepasang lelaki dan wanita yang ditangkap kerana berkhalwat hanya dikenakan hukuman 20 sebatan setiap seorang manakala Simbolon ditahan pada Oktober lepas pula dikenakan hukuman 36 sebatan kerana berniaga arak.

Kira-kira 98% daripada lima juta penduduk Aceh beragama Islam tertakluk kepada undang-undang Islam, dikenali sebagai Kanun. Namun bukan Islam boleh memilih dihukum di bawah sistem perundangan negara atau syariah.

“Simbolon memutuskan untuk tunduk kepada Kanun,” kata ketua pendakwa raya Erwin Desman dan menambah pesalah itu mungkin memilih hukuman sebat bagi mengelak daripada pendakwaan jenayah di mahkamah biasa.

Lazimnya sesi perbicaraan di mahkamah terbabit mengambil masa yang lebih panjang dan rumit, sekali gus menyebabkan tertuduh perlu ditahan dalam penjara untuk tempoh agak lama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BhCbKC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.