'Pemain Beraksi Seperti Lupa Menentang Korea'
TIADA apa yang harus dimalukan pemain negara dengan kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan pada aksi suku akhir di Stadium Kunshan, China hari ini biarpun hajat untuk mencipta satu lagi sejarah tidak kesampaian.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mempamerkan kesungguhan dan semangat juang yang tinggi, namun terpaksa akur Korea Selatan yang juga finalis 2016 ternyata memiliki kualiti tersendiri.
Ia diakui Kim Swee yang berharap anak buahnya dapat belajar daripada kekalahan itu terutama kesilapan yang membolehkan Korea Selatan mendahului seawal 12 saat menerusi rembatan Cho Jae Wan.
"Keseluruhan pemain sudah melakukan yang terbaik tapi Korea Selatan tetap pasukan bagus. Mereka tidak panik bila kita menyamakan kedudukan sebelum menghukum kita di penghujung permainan.
"Gol awal itu berpunca kesilapan pemain yang tidak memberi sepenuh tumpuan. Saya harap pemain dapat belajar daripada kekalahan ini. Secara keseluruhan kita bermain baik berbanding ketika menentang Arab Saudi di mana kita mengawal permainan pada babak pertama.
"Namun, malangnya apabila menyamakan kedudukan, pemain gagal meneruskan penguasaan itu," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Biarpun dikejutkan dengan gol terpantas kejohanan, anak buah Kim Swee tidak menyerah kalah apabila menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain gantian N Thanabalan pada minit ke-67.
Namun, Malaysia yang tampil buat kali pertama di pusingan akhir dikecewakan dengan gol kemenangan Han Seung Gyu lima minit sebelum tamat permainan.
Walaupun ia satu pencapaian luar jangkaan melangkah ke suku akhir, namun Kim Swee mengingatkan pemain supaya tidak terlalu bergembira.
"Ia satu pencapaian baik tapi kita tidak boleh bergembira, apabila kita balik ke Malaysia nanti, kita kena lihat semula semua perlawanan yang diharungi di sini. Kita kena lebih konsisten.
"Bagaimanapun, saya percaya dengan kemampuan pemain sekarang. Mereka semakin yakin dan dalam aksi tadi mereka seperti lupa bermain dengan Korea Selatan, sebaliknya seperti beraksi menentang pasukan dari negara Asia Tenggara saja," katanya. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BivvvH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment