Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majikan UAE Ini Hadiahkan Amah Filipina Sebuah Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majikan UAE Ini Hadiahkan Amah Filipina Sebuah Rumah



TERKESIMA… Seorang pembantu rumah warga Filipina seolah-olah masih tidak percaya bahawa majikannya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menghadiahkan beliau sebuah rumah yang siap dihias.

Malah majikan tersebut, Melissa McPike, mendedahkan kepada agensi berita Al Arabiya apakah sebab beliau bermurah hari dengan memberikan hadiah itu untuk pembantu rumah buat sekian lamanya, Dina Tenerife Celo.

“Keperibadian Dina menyerlah dari hari pertama bekerja. Dia bahkan amat jujur dan rendah diri,” kata wanita tersebut yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS) yang sudah puluhan tahun menetap di Abu Dhabi, UAE.

Hadiah tersebut pada awalnya dirancang dalam berbentuk wang tunai 317,495 peso (RM24,658) yang membolehkan Dina untuk dapat membeli sebidang tanah di kampung halamannya sendiri di Camarines Sur, Filipina.

McPike yang telah tinggal di UAE selama 26 tahun mempunyai dua anak lelaki iaitu Saed dan Seif Al Muhairi. Anak sulungnya, Saed, akan menemankan Dina balik ke Filipina untuk menyelia urusan pembinaan rumah tersebut.

Pemuda yang berusia 26 tahun itu bahkan dipetik Al Arabiya juga memastikan Dina untuk bijak dalam merancang dan menggunakan sumber-sumber yang dihadiahkan kepada beliau dengan sepenuhnya.

“Dina amat terharu dan berasa ini pemberian ini terlalu murah hati. Beliau sering mengatakan ‘Jangan, ini terlalu banyak’,'” kata McPike malahan sejumlah 207,048 peso (RM16,080) juga disalurkan oleh Saed kepada akaun Dina.

“Ini untuk membiayai pelbagai kos tambahan. Kami tidak mahu dia hanya dapat membina separuh rumah sahaja, kami ingin memberikannya sebuah rumah yang secukupnya dan selesa untuk keluarganya tinggal,” jelas Saed.

“Saya sudah berikan Dina beberapa hadiah sebelum ini, daripada wang tunai ke beg tangan, semuanya diberikan kepada keluarganya. Tetapi kali ini beliau terpaksa menggunakannya untuk dirinya sendiri,” terang McPike pula.

Menurut Dina, impian buat warga Filipina menetap di kampung adalah untuk menghuni sebuah rumah yang diperbuat daripada simen berbanding kelaziman mereka menggunakan papan kerana faktor kekangan kewangan.

Dina diambil sebagai amah ketika Saed dan Seif masing-masing berusia enam dan empat tahun. Meskipun Dina terpaksa berpisah dengan majikannya itu atas syarat tajaan, dia akhirnya setia kembali bekerja dengan keluarga McPike pada tahun 2013. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BhJD8P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.