Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertahan Maruah, Remaja Maut Dirogol Ulang Kali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertahan Maruah, Remaja Maut Dirogol Ulang Kali


SEORANG remaja berusia 16 tahun ditemui maut keadaan yang amat mengerikan dipercayai dirogol berulang kali sebelum dibunuh dengan kejam.

Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Anggi Syahputri ditemui oleh ibunya di bilik mandi rumah mereka sekitar jam 7 petang, pada Jumaat.

Memetik sumber, difahamkan mayat remaja itu ditemui dalam keadaan tangan serta mulut yang diikat dan perutnya pula penuh dengan kesan luka tikaman.

Lebih memilukan apabila muka mangsa juga dilaporkan hancur dipercayai akibat dipukul dengan benda tumpul seperti batu.

Sumber berkata lagi, Anggi juga dipercayai turut dirogol sebelum dilemaskan dalam baldi yang berisi air sehingga mangsa meninggal dunia.

Sementara itu, sumber polis berkata, tidak menolak kemungkinan pembunuhan ini dilakukan oleh orang terdekat.

Tambahnya lagi, hasil siasatan awal pihak polis mendapati terdapat kesan pergelutan di kawasan kejadian.

Ekoran itu, pihak mereka tidak menolak kemungkinan besar mangsa bertindak melawan suspek ketika dipaksa melakukan hubungan intim.

Pun begitu, misteri pembunuhan gadis ini seolah-olah hampir terjawab apabila salah seorang saksi yang tidak didedahkan identiti memaklumkan bahawa terdapat dua orang lelaki berkunjung ke lokasi kejadian sebelum mayat Anggi ditemui.

Susulan perkara itu, polis kini sedang giat memburu suspek termasuk teman lelaki Anggi yang dilaporkan hilang selepas beberapa kejadian itu berlaku. – MYNEWSHUB.CC/AM


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mYCCVV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.