Hi! Welcome Back and Stay Tune! 30 Tahun sorok mayat ibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

30 Tahun sorok mayat ibu

30 Tahun sorok mayat ibu|RANGKA mayat seorang wanita ditemui di sebuah rumah di pangsapuri selepas ia disimpan anaknya selama 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui lengkap pakaian putih, kasut biru dan stoking hijau di sebuah rumah di bandar Mykolaiv di Ukraine.

Polis menjumpai mayat ngeri itu di sebuah bilik terkunci di sebuah rumah yang dipenuhi sampah sarap, termasuk longgokan makanan yang telah busuk dan surat khabar lama.

Jiran-jiran menyifatkan pesara itu sering menyendiri di dalam rumah kerana mengalami lumpuh pada bahagian kaki.

Menurut laporan polis: “Untuk menyelamatkan wanita berusia 77 tahun, rumah itu perlu dipecah masuk.

“Di dalam sebuah bilik terdapat seorang wanita duduk di atas lantai, dan dikelilingi sampah.

“Pesara itu tidak dapat berjalan dan memerlukan bantuan. Kita membuat panggilan ambulans.

“Sewaktu membuat pemeriksaan ke bilik lain, polis menemui rangka seorang wanita.”

Laporan tersebut turut menyebut bahawa pesara itu tinggal bersendirian, tidak bercakap dengan jiran-jiran dan tidak mahu membuka pintu rumah.

“Bagaimanapun, jiran-jiran masih menghulurkan bantuan dan meninggalkan makanan di luar pintu rumah.

“Tidak siapa yang menyedari bahawa selama ini pesara itu tinggal di rumah berkenaan bersama mayat ibunya,” menurut laporan polis.

Kes dibuka untuk polis menjalankan siasatan.

The post 30 Tahun sorok mayat ibu appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F2I4hs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.