Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) “Jangan Menghakimi Orang Melalui Paras Rupa”,Lelaki Gelandangan “Jutawan” Ini Ingin Membeli Sebuah Restoran Hanya Untuk Memecat Seorang Pelayan Yang Menghalaunya.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) “Jangan Menghakimi Orang Melalui Paras Rupa”,Lelaki Gelandangan “Jutawan” Ini Ingin Membeli Sebuah Restoran Hanya Untuk Memecat Seorang Pelayan Yang Menghalaunya..



Coby Persin, berumur 23 tahun merupakan seorang penyiar video youtube yang terkenal dengan video gurauannya dan juga eksperimen sosial.

Dalam video eksperimen sosial terkini berdasarkan pepatah “jangan menghakimi orang melalui paras rupa”, beliau sendiri akan berpakaian seperti gelandangan dan melihat pandangan ataupun layanan orang ramai terhadapnya terutama kepada pelayan restoran.


Untuk membuktikan bahawa penampilan sentiasa memainkan pandangan orang, Coby Persin menguji pelayan restoran di Florida, New York untuk melihat bagaimana mereka akan bertindak balas kepada seseorang yang berpakaian serba kekurangan lebih-lebih lagi seperti gelandangan.

Seperti yang disangka oleh Coby, pelayan itu menghalau beliau serta merta keluar daripada restoran itu dengan menyatakkan bahawa harga makanan daripada menu restoran itu terlalu mahal bagi kemampuan Coby.

Coby berusaha untuk memujuk pelayan restoran dengan hormat jika mereka boleh menimbangkan permintaan beliau. Namum mereka tetap berkeras dan berusaha tidak membenarkan beliau masuk.


Coby terpaksa akur dengan tindakan pelayan itu dan mengundur. Selepas itu Coby menghubungi rakannya yang menyamar sebagai pemandu peribadi beliau Ronaldo.


Ronaldo memandu dengan membawa kereta jenis Roll Royce, membuat orang di sekitar restoran itu tergaman apatah lagi pelayan restoran itu.




Penyiar video youtube, Coby Persin 23 tahun menyamar sebagai gelandangan untuk video eksperimen sosialnya.


Pelayan restoran meminta Coby agar meninggalkan kawasan itu walaupun beliau hanya berdiri di situ.


Selepas diarah untuk beredar, Coby menelefon rakannya Ronaldo.


Ronaldo tiba di restoran tersebut dengan memandu kereta Roll Royce dengan gayanya.


Coby mengarah Ronaldo agar mengeluarkan beg galas yang penuh dengan wang tunai di belakang but kereta.



Sarat dengan wang tunai, Ronaldo mengeluarkan beg galas yang disimpan di belakang but kereta


Coby menunjukkan beg galas yang penuh dengan wang tunai kepada pelayan restoran tersebut.

Ikuti kisah di bawah dalam video yang berdurasi selama 3 minit ini, Coby Persin dilihat berpakaian seperti gelandangan sambil membawa beg sampah yang besar sebelum meminta untuk diberikan tempat duduk oleh pelayan restoran yang bertugas itu.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ComS7W

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.