Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Terlalu Utamakan Kepentingan Politik Wahai Kerajaan Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Terlalu Utamakan Kepentingan Politik Wahai Kerajaan Selangor



Sekitar November 2016, kerajaan Malaysia menerusi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah berjaya membawa satu lagi projek mega dengan kerjasama kerajaan China bagi membina East Cost Railway Link yang akan menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor sehingga Tumpat di Kelantan yang dianggarkan bernilai RM 144 bilion.

Pengumuman pembinaan ini nyata cukup melegakan warga pantai Timur kerana selain daripada pembinaan Lebuhraya Pantai Timur, projek ECRL ini akan memangkinkan pertumbuhan ekonomi di sepanjang laluannya. Malah, ianya sekaligus mempercepatkan perjalanan dari Kelantan ke ibu kota berbanding menggunakan keretapi mel biasa.

Namun di saat ramai pihak menyambut baik usaha yang digerakkan kerajaan ini, siapa sangka pembinaan ECRL ini mungkin akan terjejas disebabkan keegoan kerajaan Selangor yang masih belum memberi kelulusan terhadap pembinaan projek berkenaan di Selangor.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia hari ini, Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Noor Azlan Salleh berkata, sehingga kini kerajaan negeri itu masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh pihaknya.

Keadaan ini menyaksikan pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap pembinaan di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang mana pembinaan bagi sektor di negeri Selangor akan tertangguh selagi mana kerajaan negeri masih enggan memberikan kelulusan untuk melaksanakan pembinaan di sepanjang laluan di negeri Selangor.

Apa yang disesalkan adalah, projek ini adalah projek kepada rakyat daripada kerajaan pusat dan ianya kelihatan seperti kerajaan Selangor sengaja melenggah-lenggahkan keputusan kelulusan berkenaan. Adakah ianya melibatkan pergeseran politik sehingga memaksa sektor di negeri Selangor tertangguh pembinaannya?

Apa yang diharapkan adalah, segala polemik penangguhan disebabkan kegagalan pihak kerajaan negeri memberi kelulusan pembinaan ini dapat dihentikan segera. Usah disebabkan kedegilan sebuah kerajaan negeri, segala usaha yang diamanahkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) dari kerajaan pusat, tertangguh dan sekaligus menyusahkan rakyat.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CNJomo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.