Jawi di arah siasat tindakan Neelofa
Jawi di arah siasat tindakan Neelofa| Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu siasat tindakan yang wajar diambil terhadap personaliti dan juga usahawan, Neelofa yang melancarkan koleksi terbaru tudungnya di sebuah kelab malam.
Timbalan Setiausaha Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama), Ahmad Radzi Noor Mahadi berkata, pihak berkuasa agama perlu melihat perkara itu sebagai perkara yang jelas bercanggah dengan syarak.
“Melancarkan koleksi tudung dengan kelakuan jelas bercanggah syarak, dalam tempat yang sinonim dengan maksiat, ia menghina kemuliaan yang terkait kepada istilah hijab dan budaya bertudung.
“Hijab dan bertudung adalah sebahagian lambang ketakwaan seorang Islam, selari dengan perintah terkandung dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, pihaknya juga merujuk kepada video pelancaran koleksi itu, di mana terdapat wanita berpakaian mendedahkan aurat walaupun bertudung dan melakukan tarian yang jelas bercanggah hukum syarak.
“Hal ini hendaklah diambil dindatakan. Istilah hijab dan bertudung adalah sebahagian istilah dan syiar ketakwaan kepada ALLAH SWT,” katanya.
Sementara itu, Pertama juga mengingatkan semua umat Islam untuk menjaga kemuliaan budaya dan istilah yang terkait kepada ketakwaan kepada ALLAH SWT.
“Jika kita umat Islam tidak dengan secara sedar menjaga kemuliaan Islam dan memastikan dengan penguatkuasaan yang berkesan, siapa lagi yang dapat kita harapkan,” katanya.
The post Jawi di arah siasat tindakan Neelofa appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2owSaRt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment