Alamak! Muka Berkedut, Ini Caranya Membuat Sendiri Krim-Anti Kedutan Dirumah
Mengakui berapakah usia kita yang sebanar adalah satu perkara yang amat sukar buat ramai, lagi-lagi bagi para wanita. Persoalan-persoalan cara bagaimana untuk menjaga kulit muka agar sentiasa kelihatan cantik dan tiada kedutan selain bermain di minda.
Ramai wanita rasa iri hati dan cemburu apabila melihat wanita-wanita di luar sana kelhatan cantik dan muda. Terlalu memikirkan perkara ini boleh menyebabkan kemurungan.
Berikut beberapa tips membuat anti-kedutan pada wajah yang boleh buat sendiri di rumah.
Bahan-bahan yang boleh hilangkan kedutan di wajah:
Minyak Zaitun
Minyak zaitun sangat kaya dengan vitamin yang sangat lengkap seperti Vitamin C,D dan juga E dan tidak terkecuali Zat besi yang sudah lengkap dengan zat anti bakteria yang sangat baik untuk kelihatan awet muda. Caranya adalah sebelum masuk untuk tidur, sebaik-baiknya anda perlu basuh muka terlebih dahulu kemudian sapukan minyak zaitun tadi ke bahagian muka. Biarkan sehingga pagi dan apabila anda bangun tidur keesokkan paginya, barulah anda bilas dengan air bersih.
Lidah Buaya (Aloe Vera)
Lidah buaya sangat kaya dengan anti oksida yang sangat diperlukan oleh kulit kita. Cuma perlu mencampurkan dengan putih telur dan masker. Amalkan pengunaan masker tadi selama dua hari sekali untuk mengurangi kewujudan kedutan di bahagian dahi kemudian cuci dengan air yang bersih selepas 15 minit.
Lemon
Lemon adalah sangat kaya dengan Vitamin C. Tidak terkecuali limau nipis atau apa sahaja jenis buah-buahan yang masam ia juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan kedutan di wajah. Hanya perlu hiris lemon tadi kemudian picit sehingga keluar jusnya, kemudian sapukan ke dahi dan amalkan sekali sehari. Lemon sangat senang didapati dan sentiasa digunakan di dapur rumah kita.
Yoghurt Scrub
Kandungan Vitamin B6 di dalam Yoghurt ini juga boleh membantu merangsangkan aliran darah sehingga membuatkan kulit muka kita rasa lebih sihat dan segar. Anda cuma perlu bersihkan muka dengan air bersih dan tepuk-tepuk sahaja dengan tuala. Selepas itu, masukkan Yoghurt tadi ke dalam sebuah mangkuk. Cuma perlu sapukan ke wajah dan biarkan selama 3 minit, jika lebih pun tidak mengapa. Kemudian cuci muka anda dengan air dan tepuk perlahan-lahan dengan tuala. Amalkan rutin ini selama seminggu sekali dan lihatlah hasilnya.
Cara-cara yang sangat senang dan mudah ini memang senang untuk dilakukan di rumah.
Pada para wanita-wanita di luar sana yang binggung dengan adanya kedutan yang mula muncul di wajah itu janganlah risau lagi. Anda hanya perlu rajin mengamalkan petua yang dikongsikan di atas. Selamat mencuba!
Sumber: Soyalemon.com
The post Alamak! Muka Berkedut, Ini Caranya Membuat Sendiri Krim-Anti Kedutan Dirumah appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BWo39U
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment