Moga Allah Mengampuni Dosa Mereka Yang Menzalimi Haiwan-Haiwan Ini Sedemikian Rupa
Haiwan adalah ciptaan Allah yang indah, tidak kisah apa jenis haiwan tersebut. Contohnya seperti kucing dan anjing, ramai yang memelihara mereka seperti sebahagian daripada keluarga sendiri. Mereka amat senang disenangi kerana rupa mereka yang comel dan cepat mesra dengan tuannya.
Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan. Jauh sekali hendak mencederakannya sebab rasa sayang kita terhadap haiwan tersebut seperti kita sayang kepada manusia juga. Sangat memilukan melihat mereka diperlaku sedemikian rupa.
Gara-gara harta dunia mereka sanggup berbuat sedemiakian, gara-gara duit, di suatu tempat di Indonesia ada sebuah pasar “neraka”. Di pasar Tomohan menjual pelbagai makanan yang eksotik yang tidak biasa di makan oleh masyarakat kita. Makanan yang di jual di sana seperti kelawar, ular, anjing dan lain-lain.
Bukan hanya itu,daging dari tikus putih juga ada di jual oleh sebahagian peniaga disana. Mereka menyatakan rasa tikus tersebut memiliki rasa yang sangat enak.
Sewaktu pembeli mahu membeli makanan eksotik tersebut haiwan itu akan dipukul hingga mati seterusnya di bakar untuk menghilangkan bulunya.
Namun bagi yang sayang kepada haiwan akan menganggap pasar ini sebagai pasar “neraka”. Sebab para peniaga di sini menampilkan pemandangan yang tidak layak untuk haiwan-haiwan eksotik itu. Pada waktu kini Pasar Tomohan sangat terkenal kerana keekstremannya.
Ramai para pelancong dari serata dunia berkunjung di pasar ini untuk melihat sendiri kebenaran yang di kata orang tentang pasar “neraka” ini. Walaupun pelbagai kecaman dari banyak pihak kerana kekejaman mereka mencari rezeki, pasar ini telah menjadi ‘periuk nasi’ oleh masyarakat sekitarnya.
“Kami memerlukan seluruh dunia menyertai desakan supaya Indonesia menghentikan penjualan daging anjing dan kucing,” kata jurucakap Dog-Meat Free, Lola Webber.
Pelbagai pihak yang sudah mengetahui pasar “neraka” ini mendesak Pihak Berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan ke atas pasar tersebut dengan secepat mungkin. Oleh kerana merasa sangat pilu apabila melihat haiwan-haiwan itu di perlakukan sebegitu rupa.
Kita semua adalah ciptaan Allah S. W. T hendaklah kita menjaga satu sama lain. Kedudukan haiwan dalam Islam memang telah sedia termaktub dalam al-Quran dan sunnah. Walaupun haiwan tidak diberikan kedudukan setaraf manusia dari segi akal fikiran, kedudukan mereka dari sudut kehambaan adalah sama seperti manusia.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu (al-An’am: 38).
Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup ciptaan Allah selain manusia. Selain menyebut tentang kisah kehidupan manusia, firman-firman Allah juga menceritakan perihal haiwan.
Sumber: Lubukcerita.com
The post Moga Allah Mengampuni Dosa Mereka Yang Menzalimi Haiwan-Haiwan Ini Sedemikian Rupa appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GGnkxw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment