Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Tonton Liga Malaysia di Iflix - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Tonton Liga Malaysia di Iflix


Cara Tonton Liga Malaysia di Iflix. Bagi peminat bola sepak tempatan, kerjasama antara FAM dan Iflix bercampur antara berita baik dan kurang baik. Berita baiknya adalah kini kita boleh menonton semua perlawanan dalam Liga Super di Iflix sama ada dari desktop ataupun daripada telefon pintar. Malah kita boleh menontonnya tidak kira di mana kita berada.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna internet dengan data yang terhad, ini bukanlah satu berita yang memberangsangkan. Ini kerana, untuk menonton perlawanan secara streaming di Iflix, data internet yang digunakan mungkin boleh mencecah sehingga 1GB atau lebih untuk satu perlawanan penuh.

Ok.

Tapi bagi pengguna internet tanpa had ataupun pengguna internet di rumah seperti Unifi ataupun Streamyx, ini adalah satu perkembangan bola sepak tempatan yang menarik kerana mereka tidak terikat dengan had penggunaan data internet.

Sebenarnya, sebelum ini lagi sudah terdapat kerjasama antara telco tempatan dan juga Iflix.

Digi dan Iflix.


Bagi pengguna Digi, anda akan diberikan 1 bulan percuma untuk menonton di Iflix, anda hanya perlu layari Iflix menggunakan plan internet Digi, dan ia akan detect secara automatik dan anda boleh gunakan terus. Tetapi data internet tetap ditolak dari plan internet anda kecuali bagi mereka yang menggunakan add on Digi Video Freedom.

Celcom dan Iflix


Celcom juga ada memberikan promosi bersama Iflix untuk pengguna prepaid Xpax dan juga plan Celcom First. Walaubagaimanapun, data internet akan dicas seperti biasa untuk penggunaan penstriman di Iflix. Promosi hanya terhad kepada bayaran langganan.

Maxis dan Iflix



Maxis juga ada memberikan promosi bersama Iflix untuk pengguna prepaid Hotlink dan juga plan Maxis. Walaubagaimanapun, data internet akan dicas seperti biasa untuk penggunaan penstriman di Iflix. Promosi hanya terhad kepada bayaran langganan bulanan Iflix sahaja.

Umobile dan Iflix


Bagi pengguna Umobile tidak kira prepaid atau postpaid, jika anda menggunakan Video Onz dari Umobile, anda boleh menonton Iflix dan banyak lagi laman web penstriman secara terus tanpa menggunakan data internet harian anda. Baca selanjutnya tentang Video Onz di laman web Umobile

Jika anda tidak pernah menggunakan Iflix, anda perlu tonton video di bawah untuk mendapat gambaran bagaimana untuk mendaftar dan melanggan Iflix.



Walaupun kerjasama Liga Malaysia dan Iflix ini mempunyai kelebihan dan kekurangan, tetapi sekurang-kurangnya ia memberikan pilihan kepada penonton.



✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Kompilasi Pelbagai Cara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GPkTIG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.