Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM minta penyokong beri iflix masa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM minta penyokong beri iflix masa

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta semua penyokong bersabar terhadap masalah yang menimpa membabitkan penyiar rasmi digital Liga Malaysia (Liga-M), iflix.

Timbalan Presidennya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, beliau menyedari kemarahan dan ketidakpuasan hati penyokong-penyokong bola sepak berikutan masalah streaming yang tidak dapat menampung jumlah trafik yang tinggi pada dua perlawanan pertama yang disiarkan semalam.

Namun, beliau berharap penyokong tidak terlalu emosi dan meminta mereka memberikan lebih ruang dan masa buat penyiar rasmi digital itu.

"Saya tak dapat maklumat tepat, tapi saya ada baca dan tahu ramai penyokong tidak berpuas hati dengan mutu siaran dan sebagainya.

"Apa pun, saya berharap semua dapat bersabar sebab ini satu pembaharuan dalam bola sepak negara. Jadi bila kata pembaharuan sudah pastilah ada kelemahan-kelemahan tertentu pada awal-awal ini.

"Berilah ruang dan masa kepada mereka untuk memperbaiki kekurangan itu kerana pada akhirnya ini semua adalah demi kebaikan semua di masa akan datang," katanya ketika dihubungi.

Dalam perlawanan pertama Piala Sumbangsih di antara Johor Darul Ta'zim menentang Kedah dan perlawanan Terengganu menentang PKNS FC yang disiarkan di iflix semalam, penyokong-penyokong meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyiar tersebut berikutan kesesakan trafik hingga membuatkan ramai tidak dapat menonton perlawanan secara langsung.

Iflix bagaimanapun mengeluarkan permohonan maaf di laman Facebook rasmi mereka dan berjanji akan memperbaiki masalah tersebut dalam perlawanan berikutnya.

Jelas Yusoff, beliau cukup yakin segala masalah yang berlaku pada permulaan ini akan dapat diperbaiki penyiar rasmi itu.

"Ini perlawanan pertama mereka, saya percaya ini akan jadi pengajaran untuk memperbaiki segala masalah yang berlaku demi kepuasan penyokong," katanya lagi.



Sumber FAM minta penyokong beri iflix masa

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E44sXd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.