Dilibas dengan tali pinggang,dipijak hingga terkeluar najis
Dilibas dengan tali pinggang,dipijak hingga terkeluar najis|Dipukul dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, ditendang dan dipijak hingga terkeluar najis kencing adalah azab yang ditanggung murid Sekolah Kebangsaan Lukut di sini, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah sebelum meninggal dunia malam kelmarin.
Mangsa juga pernah dipukul menggunakan sebuah bangku kecil plastik.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, penderaan yang sukar dibayangkan oleh manusia yang berfikiran waras itu kini sedang disiasat dengan teliti oleh pasukan siasatan polis.
Katanya, perbuatan itu terdedah dalam siasatan awal polis terhadap bapa kandung dan ibu tiri Nur Aina Nabihah yang kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini.
“Berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian dia telah bertindak memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijaknya hingga terkencing.
“Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil,” katanya di sini hari ini.
Kedua-dua suspek berusia 38 dan 34 tahun itu telah dibawa ke rumah sewa mereka di Taman Vista Jaya, Lukut tengah hari tadi bagi membolehkan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa telah didera.
The post Dilibas dengan tali pinggang,dipijak hingga terkeluar najis appeared first on Eberita.org.
✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BQEapK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment