Harapan, BN tak sama: Mahathir
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan gabungan itu dan BN tidak mempunyai persamaan.
Beliau berkata, adalah menjadi kesilapan bagi mana-mana anak muda yang meletakkan persamaan antara Harapan dengan BN sebagai Pepsi dan Coca Cola.
“Dan kalau sampai ke tahap itu (pemahaman), ia menunjukkan yang kamu sama sekali tak faham, kerana ada banyak perbezaan.
“Dan saya tak fikir masa zaman saya, saya tubuhkan 1MDB atau curi duit. Jadi, tiada persamaan antara saya dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara PH dan BN, pun tiada persamaan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Ketika ditanya tentang kempen #UndiRosak yang dimulakan oleh beberapa aktivis, Mahathir berkata, ia adalah cubaan untuk menyekat orang muda daripada mengundi.
“Orang muda tak pernah hidup di bawah pemerintahan saya selain Najib.
“Bagi mereka, Najib adalah satu standard dan Najib kata semua kerajaan Malaysia macam itu.
“Kalau semua kerajaan Malaysia macam itu, jadi pemberontakan ini mungkin dah berlaku sebelum ini,” jelasnya.
Selain #UndiRosak, #ProtesPRU dan #GEprotest juga kini trending di media sosial.
Mereka yang berada di sebalik kempen itu menyeru pengundi yang tidak berpuas hati supaya tidak mengundi atau merosakkan undi sebagai tanda bantahan terhadap kualiti rendah calon dalam PRU14.
Ahad lalu, Najib menyelar kempen tersebut kerana ia bercanggah dengan sistem demokrasi di negara ini manakala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, ia bertentangan dengan ajaran Islam
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DOEirm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment