Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru maut ditumbuk pelajar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru maut ditumbuk pelajar

Guru maut ditumbuk pelajar|Seorang guru sekolah menengah di Torjun, Madura, Jawa Timur, meninggal dunia beberapa jam selepas ditumbuk pelajarnya ketika pembelajaran seni di sekolah, kelmarin.

Menurut laporan media Indonesia, kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku selepas guru berkenaan, Budi Cahyono, menconteng pipi pelajar lelaki itu yang tidur dalam kelas dengan pewarna lukisan bagi mengejutkannya.

Pelajar itu yang dikatakan marah sebaik terjaga, menumbuk pipi guru terbabit, namun pertelingkahan mereka dileraikan pelajar lain.

Menurut Detik News, pertelingkahan itu dileraikan pelajar serta guru lain dan pengetua kemudian mengarahkan pelajar terbabit pulang.

Pengetua Sekolah SMA Negeri I Torjun Sampang, Amat, berkata, ketika guru berkenaan memberitahunya mengenai kejadian itu, Budi kelihatan sihat tanpa sebarang kecederaan.

Namun, keluarga guru berkenaan kemudian menghubungi pengetua menyatakan Budi dimasukkan ke Hospital Dr Seotomo di Surabaya, kerana tidak boleh tidur selepas mengadu sakit leher sebelum tidak sedarkan diri.

Difahamkan, pemeriksaan doktor mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan dalaman pada lehernya menyebabkan otaknya tidak boleh berfungsi yang membawa kepada kematiannya kira-kira 7.40 malam.

Menurut laporan Antara, Ketua Polis Torjun, Budi Wardiman, berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

The post Guru maut ditumbuk pelajar appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nx0DDQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.