Orang Awam Gagalkan Serangan Seksual Di Tandas
BANGKOK: Seorang wanita terlepas daripada serangan seksual oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Bangkok dalam kejadian pagi Khamis.
Ini kerana terdapat orang awam yang lalu di kawasan tersebut, menurut seorang pengguna Facebook yang berkongsi klip video insiden untuk tujuan pencegahan.
Pengguna berkenaan 'Atom Kamolphu' memberi amaran bahawa wanita harus berhati-hati apabila bersendirian di tandas awam yang terletak di sudut terpencil.
Dia berkata kejadian berlaku ketika seorang wanita yang memakai baju lengan panjang dan seluar panjang berjalan sendirian sebelum diserang oleh seorang pengawal keselamatan jam 9 pagi Khamis di tandas pusat beli-belah di kawasan Rajapreuk.
'Atom Kamolphu' mendakwa pengawal yang berniat jahat itu mengekori wanita berkenaan dan mengunci pintu utama tandas sebelum cuba menyerangnya secara seksual.
Seorang pekerja yang lalu mendengar jeritannya meminta tolong bertindak mengetuk pintu dan menjerit menyeru orang ramai menyelamatkan wanita itu.
Bantuan orang ramai berjaya menyelamatkan wanita itu dan suspek ditangkap sebelum diserahkan kepada polis, menurut 'Atom Kamolphu'. - Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EBXom4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment