Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selalu Bertanya Jiran “Bila Nak Kahwin”. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai TERKEDU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selalu Bertanya Jiran “Bila Nak Kahwin”. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai TERKEDU

Selalu Bertanya Jiran “Bila Nak Kahwin”. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai TERKEDU | Saya Luv Islam – Seorang wanita 30an yang sedang hamil selalu mengusik jirannya seorang lelaki dengan pertanyaan “bila nak kahwin”. Pantang jumpa je soalan sama diajukan. Sehingga satu hari ketika keadaan sunyi, “sesuatu” terjadi. Allahu.

SAKIT HATI SELALU DITANYA

Gara-gara berang dan sakit hati kerana sering ditanya bila hendak berkahwin, seorang lelaki nekad membunuh jirannya yang juga seorang wanita hamil.

Alias Nunur, 28, membunuh Lis Aisyah, 32 di rumah wanita terbabit pada 19 Januari 2018 lalu di Garut di Jawa Barat, lapor Detik.com.

Pesuruhjaya Polis Garut Budi Satria Wiguna berkata, sewaktu kejadian, Nunur sedang duduk termenung di depan rumah sebelum ditegur Lis.

Lis kemudian menasihatkan pemuda terbabit supaya segera berkahwin.

“Suspek menyatakan bahawa wanita itu berkata ‘cepatlah kahwin, yang lain semua sudah menikah, kenapa kau tak kahwin-kahwin?’.

“Ternyata kata-kata itu menyinggung emosi suspek,” kata Budi Satria seperti yang dipetik media tempatan.

WANITA HAMIL ITU DIBUNUH

Ekoran teguran tersebut Nunur datang ke rumah mangsa dan Lis tanpa sebarang prasangka mempelawa beliau masuk ke ruang tamu.

Menurut polis, sewaktu mangsa hendak menuju ke salah satu bilik di rumah itu, Nunur mengekori dari belakang lalu menolaknya ke atas katil.

Walaupun difahamkan mangsa cuba melawan dengan menggigit jari suspek, wanita itu tidak berupaya melawan dan dia dicekik hingga mati.

“Suspek sempat mencuri wang mangsa berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) dan sebuah telefon bimbit,” ujar Budi Satria.

Suspek seterusnya melarikan diri ke Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesann dan menangkapnya.

Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain.

Sumber : Malaysia Kini

The post Selalu Bertanya Jiran “Bila Nak Kahwin”. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai TERKEDU appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EurR5b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.