10 Selebriti Hangat Bercinta, Putus Di Tengah Jalan
Baru-baru ini, kisah cinta Elfira Loy dan Sufian Suhaimi sudah pun berakhir selepas pasangan itu disahkan putus tunang . Namun, sehingga kini kisah cinta mereka masih lagi menjadi sebutan ramai.
Tapi kalau ikutkan ramai sebenarnya pasangan selebriti lain yang sebelum ini hangat bercinta namun jodoh mereka tidak kesampaian.
Kami senaraikan 10 pasangan yang hangat bercinta tetapi akhirnya putus di tengah jalan.
Fattah Amin & Neelofa
Selepas gandingan bersama menerusi dalam Suri Hati Mr Pilot, kedua-dua pelakon ini dikhabarkan bercinta. Namun, Neelofa sendiri mengakui mereka pernah bersama dan hubungan mereka putus selepas mengetahui Fattah Amin mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain.
Elfira Loy & Sufian Suhaimi
Mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu, pasangan ini sahkan sudah putus tunang pada awal Februari lalu. Namun, ada sumber mendakwa punca putus tunang adalah disebabkan Sufian tidak mampu menyediakan jumlah wang hantaran yang tinggi.
Zizan Razak & Emma Maembong
Pasangan ini mula menjalin cinta awal tahun 2014. Ada juga dakwaan pasangan ini akan berkahwin. Namun pada Januari 2015, pasangan ini disahkan putus cinta disebabkan tiada persefahaman.
Aiman Hakim & Fathia Latiff
Selepas bercinta selama dua tahun, Aiman sendiri mengaku sudah bersedia untuk berkahwin dengan Fathia. Pasangan ini juga sebenarnya sudah dua kali putus cinta dan pada 2015, hubungan mereka betul-betul sudah berakhir.
Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim
Pernah mengumumkan untuk berkahwin, namun tidak sampai dua bulan mendedahkan berita gembira itu, pasangan ini mengakui hubungan mereka telah berakhir pada Februari 2014.
Nelydia Senrose & Qi Razali
Mula menjalin cinta pada tahun 2013, pasangan ini sah putus cinta pada tahun 2015 selepas 2 tahun menjalin hubungan. Ada pihak mengatakan mereka kembali bersama, namun kedua-dua mereka menafikan dakwaan tersebut.
Remy Ishak & Tiz Zaqyah
Selepas bergandingan menerusi drama Nur Kasih, pasangan ini mengaku bercinta. Rata-rata peminat sukakan pasangan ini dan berharap akan kekal ke jinjang pelamin. Namun selepas 3 tahun bercinta, pasangan ini mengesahkan tidak lagi bersama.
Kamal Adli & Intan Ladyana
Selepas 6 tahun menjalin cinta, Kamal Adli dan Intan Ladyana sah putus cinta. Pelbagai konflik terjadi dan kisah putus cinta mereka menjadi perhatian ramai pada ketika itu.
Neelofa & Hans Isaac
Kish hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka-teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik noktah. Namun, Neelofa sendiri mengakui hubungan dua tahunnya bersama pelakon, pengarah dan penerbit itu sudah berakhir.
Zul Ariffin & Gayatri
Mula menjalin cinta pada tahun 2013, pasangan ini disahkan putus cinta pada 2015. Namun pada tahun lalu, pasangan ini dikatakan kembali bercinta selepas terjadinya pergolakan antara Zul dan Zahirah. Namun Zul menafikan dakwaan tersebut.
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tBDndh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment