Hi! Welcome Back and Stay Tune! Janji Yang Sudah 10 Tahun Dimungkiri, Janji 100 Hari Belum Tentu Dipenuhi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Janji Yang Sudah 10 Tahun Dimungkiri, Janji 100 Hari Belum Tentu Dipenuhi




Bukan main bangga lagi pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika mengumumkan manifesto Pakatan Harapan malam tadi dengan niat mahu menarik rakyat mengundi mereka. Malangnya manisfesto itu adalah janji-janji kosong yang hanya manis di mulut sahaja.

Jika PH benar-benar hebat kenapa perlu meniru sebahagian besar dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dan kemudian hanya menukar kulit semata-mata.

Bayangkan, jika Pulau Pinang yang sudah 10 tahun diperintah oleh DAP pun gagal melaksanakan janji-janji yang dibuat kepada rakyat ketika mula memerintah negeri itu, inikan pula manisfesto yang kononnya mahu dilaksanakan dalam masa 100 hari.

Mana janji-janji Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada penduduk di Pulau Pinang ketika mereka mula mengambil alih negeri itu?

Penduduk dijanjikan bonus RM6,000 setahun untuk keluarga berpendapatan kurang daripada RM2,000 namun hingga kini hanya janji kosong.

Guan Eng juga pernah berjanji akan membina kira-kira 51 projek di seluruh Pulau Pinang namun malangnya tiada laporan mengenainya dibentangkan oleh Guan Eng.

Antara yang dianggap gagal ialah projek Aerobus yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Prai pada 2008 melibatkan pemaju dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa dimasukkan dalam rancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Banyak lagi projek yang dikatakan dirancang sejak 2008 termasuklah kereta api bawah tanah, sistem monorel merentasi pulau dan tanah besar dan pembinaan tasik buaya.

Pada 2009 pula, kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan akan membanteras tempat letak kereta haram, mengekalkan surcaj air serta mewartakan kawasan perlindungan hutan Pulau Jerejak tetapi ketiga-tiga projek berkenaan masih gagal. Semua janji itu adalah janji kosong.

Begitu juga dengan slogan Competency, Accountability and Transparency (CAT) yang diperkenalkan oleh Guan Eng dalam pentadbirannya. Malangnya beliau sendiri yang mencemari prinsip berkenaan selepas didakwa terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Bukan itu sahaja Guan Eng kononnya mahu mempertahankan kebebasan media tapi jika kita memeriksa carian di Google, kita boleh lihat berapa banyak syarikat akhbar telah disaman oleh beliau. Adakah itu yang dinamakan kebebasan media?

Namun contoh paling klasik ialah janji untuk memansuhkan tol Sungai Nyior di Butterworth. Kesian penduduk di situ ditipu. Ketika berkempen pada pilihan raya umum 2008, Guan Eng berjanji mahu menghapuskan tol tersebut tapi akhirnya janji tinggal janji.

Tol itu masih tegak berdiri. Jika manifesto pilihan raya umum dulu pun gagal dilaksanakan, bolehkah kita mengharapkan mereka melaksanakan apa yang mereka kata itu?

Semoga rakyat tidak ditipu lagi. Bangkitlah dan buka mata untuk melihat kegagalan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang melaksanakan janji-janji ketika pilihan raya umum. Itu semua hanya temberang.

Janji yang 100 hari belum tentu dipenuhi, janji yang 10 tahun dulu banyak yang mereka sudah mungkiri.


Tulisan :
Beruang Biru
BB812, Jumaat
9 Mac 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ImnHhq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.