Hi! Welcome Back and Stay Tune! SpaceX Menyasarkan Untuk Menguji Roket Ke Planet Marikh Pada Awal 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SpaceX Menyasarkan Untuk Menguji Roket Ke Planet Marikh Pada Awal 2019

Elon Musk sebelum ini pernah berkongsi beberapa perancangan mengenai misi ke planet Marikh dan membangunkan koloni di sana. Kini, pada acara SXSW yang diadakan pada penghujung minggu, Elon Musk turut mengambil peluang mengatakan SpaceX merancang untuk menghantar kapal angkasa ke Marikh pada awal 2019 kelak.

Ujian awal pada tahun hadapan adalah lebih kepada melancarkan kapal angkasa ke planet Marikh, dan mengembalikan ia semula ke Bumi. Dengan menggunakan semula suatu roket dan kapal angkasa, ia akan mengurangkan kos pengembaraan ke angkasa berbanding kebiasaan.

Roket yang akan ke Marikh ini dikenali sebagai BFR (“Big Falcon Rocket”), dan akan menjadi kenderaan pertama SpaceX yang menyasarkan kepada pengembaraan dan misi luar bumi.

Elon Musk menyasarkan untuk melakukan misi ini lebih awal, memandangkan sebelum ini beliau menyasarkan untuk menghantar misi kargo ke Marikh menjelang 2022 kelak.

Selain Elon Musk dan SpaceX, terdapat beberapa syarikat lain yang turut melihat kepada arena sama – yang mana kita mungkin akan mendengar lanjut pada dekad akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Gih27h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.