Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nabil Ahmad: Tiada Istilah Diva, Jangan Nak Poyo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nabil Ahmad: Tiada Istilah Diva, Jangan Nak Poyo

Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad, yang bakal menyambut ulang tahun ke-10 dalam industri hiburan tempatan, berkata resepi kejayaannya yang masih bertahan selama ini adalah sikapnya yang tidak ‘diva’ dan sentiasa merendah diri.

BACA: Peminat Fattah Amin Serang Nabil Ahmad

Walaupun kini dia boleh dikatakan sebagai pengacara yang dibayar dengan harga yang paling tinggi di Malaysia.

“Saya dulu bekerja sebagai Mat Despatch sahaja, pernah dapat RM500 ke RM600 saya pernah rasa semua tu. Bila malam pula saya jual burger. Jadi bila orang kata pengacara lelaki paling mahal, saya rasa saya murah sebab tu saya banyak mengacara.

Saya dapat banyak repeat order. Saya maintain sahaja harga, sebab saya punya konsep daripada tak ada apa-apa, baik saya buat. Ada job boleh selit, Alhamdulillah,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media bersamanya sebentar tadi.

Tambahnya lagi, sikapnya yang merendah diri dan tidak ‘jual mahal’ membuatkan peminat-peminatnya selesa untuk terus bersama dan memberikan sokongan.

Buktinya, sempena ulang-tahunnya yang ke-10 dalam industri hiburan, Nabil akan memberikan hadiah buat peminatnya dengan membawa mereka bersama-sama mengerjakan umrah pada awal Ramadan tahun ini.

“Resepi saya senang untuk saya bertahan 10 tahun dalam industri jangan jual mahal, jangan nak poyo, atau eksyen. Saya bekerja untuk industri, buat apa kita nak menyombong. Mungkin saya tak ada duit, tapi saya ada maruah.

Sempena ulang tahun ke-10 saya mahu berkongsi rezeki dengan peminat dengan memberikan mereka hadiah istimewa, jika diizinkan Allah, saya mahu bersama peminat mengerjakan umrah pada awal Ramadan nanti. Saya pilih berpuasa bersama peminat di Tanah Suci Makkah pada bulan Ramadan iaitu pada tarikh 13-23 Mei ini,” katanya lagi. (rtky/h)


Video panas artis Malaysia




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FvscIU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.