Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa Dua Anak Dipenjarakan 17 Tahun Gara-Gara Wajah Mirip Penjenayah - Richard Jones - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa Dua Anak Dipenjarakan 17 Tahun Gara-Gara Wajah Mirip Penjenayah - Richard Jones

bapa kepada 2 anak bersalah dipenjarakan 17 tahun

Pada 31 Mei 1999, tiga orang lelaki berlegar-legar di Kansas City di dalam sebuah kereta. Setiap orang daripada mereka berada dalam keadaan khayal selepas mengambil dadah jenis kokain.

Kehabisan stok dadah untuk dihisap, mereka bergerak ke sebuah kejiranan di mana salah seorang pengedar yang dikenali tinggal. Ricky Amos masuk ke dalam kereta, lalu meminta pemandunya yang tidak dia kenali pergi ke sebuah cawangan pasaraya Walmart terdekat untuk mendapatkan wang segera. Tiba di sana, Ricky memerhatikan pelanggan yang ada di sekitar kawasan letak kereta.

Ricky menghampiri seorang wanita yang nampak leka lalu cuba merampas tas tangan wanita tersebut. Wanita itu melawan namun telefon bimbit miliknya berjaya diambil Ricky lalu mereka berempat bergegas keluar dari lokasi tersebut.

Mangsa hanya sempat melihat sekilas lalu wajah perompaknya.

Saksi kejadian menuduh dalam ketidakpastian

tersalah dipenjarakan

Pengawal keselamatan yang berada di situ mengejar kereta tersebut dan sempat merekodkan nombor pendaftaran kereta yang digunakan. Beberapa orang saksi serta mangsa berjaya mengenalpasti pesalahnya adalah seorang lelaki 'berkulit cerah, berbangsa Hispanik atau Afrika-Amerika dengan rambut panjang yang ditarik ke belakang.

Pencarian nombor pendafataran kereta membantu pihak polis menjejaki pemandu kereta tersebut. Menggunakan semakan foto, pemandu tersebut mengecam individu yang mereka jemput itu sebagai Rick, mungkin juga Richard, dia tak berapa pasti namanya tapi dia pasti wajahnya sama. 

'Ricky' dipanggil ke balai untuk menghadiri kawad cam yang dihadiri mangsa wanita itu, pengawal keselamatan pasaraya yang melihat kejadian serta dua individu yang berada dalam kereta semasa kejadian. Mereka berjaya mengenal pasti Ricky dengan mudah sebagai pelakunya.

Tidak ada sesiapa menyangka mereka sedang menuduh individu lain bernama Richard Jones.

Pelanduk dua serupa

banduan tidak bersalah richard jones

Pada malam 31 Mei 1999, Richard Jones sedang menyambut Memorial Day yang kebetulan jatuh pada hari yang sama dengan ulang tahun teman wanitanya. Tamat sambutan, Richard terus berada di kediaman teman wanitanya selama beberapa hari, membantu mengemas apa yang patut serta mengisi masa dengan menonton filem bersama-sama, sambil menjaga dua anak mereka yang masih kecil.

Tanpa diduga, Richard ditangkap dan dibawa ke balai polis tanpa sebab munasabah.

Semuanya berpunca selepas gambarnya dikenalpasti sebagai pesalah utama kes rompakan itu. Beberapa tahun sebelum itu, Richard pernah ditangkap atas kesalahan mencuri yang menyebabkan dia didenda dan rekod serta gambarnya masih lagi dalam simpanan pihak polis. Ini mengukuhkan lagi dakwaan yang Richard adalah individu tersebut.

Dia diminta berdiri dengan beberapa orang lelaki lain untuk proses kawad cam. Seolah-olah sudah dirancang, Richard adalah satu-satunya lelaki yang berkulit cerah dalam barisan sementara individu lain berkulit gelap. Selepas selesai proses tersebut dan Richard dikenalpasti sebagai pesalah, Richard ditangkap buat sementara di dalam lokap sementara menunggu perbicaraan.

Semua keterangan saksi yang mengatakan pesalah mempunyai tatu yang dicacahkan pada lengan kiri, yang tidak ada pada lengan Richard serta alibi Richard daripada ahli keluarga yang bersamanya menyambut ulang tahun teman wanitanya juga, tidak diendahkan mahkamah.

Mahkamah membuat keputusan berdasarkan keterangan mangsa serta individu yang berada di dalam kereta pada malam tersebut yang berjaya 'mengenalpasti' Richard telah pun melakukan jenayah tersebut, selain rekod jenayah lampaunya dijadikan hujah.

Pihak mahkamah akhirnya mensabitkan kesalahan dan Richard didapati bersalah, dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun - atas tuduhan melakukan jenayah rompakan dan menyebabkan kecederaan pada mangsa. Richard yang masih tidak dapat memahami apa yang berlaku, terpaksa memulakan hidup dalam penjara meninggalkan teman wanita serta dua anak kecilnya sendirian.

Hidup baru sebagai banduan

kisah individu yang tersalah dipenjarakan

Richard Jones sentiasa mengaku dirinya tidak bersalah dalam kes tersebut, namun dia sendiri tidak memahami apa yang menyebabkan dia didakwa. Apa yang dia tahu dia dipanggil pihak polis, sedar-sedar dia dituduh oleh beberapa orang saksi kejadian dan dia didapati bersalah.

Pelbagai persoalan muncul pada Richard yang tidak mampu dia jawab. Semua usaha beliau menemui jalan buntu walaupun dia, teman wanitanya serta mereka yang bersamanya pada malam berlakunya kejadian itu tahu bukan Richard yang melakukan rompakan itu. Mengapa saksi, pihak polis dan pihak mahkamah seperti tidak teragak-agak menjatuhkan hukuman padanya? Proses rayuan yang dilakukan oleh Richard untuk menyemak tuduhannya juga ditolak.

Mengapa semua pihak mengatakan dia memang bersalah?

Persoalan itu ditanya Richard pada dirinya setiap hari, sehingga pada tahun 2015 bila salah seorang banduan yang tinggal di penjara yang sama dengan RIchard menegur beliau kerana tidak menyapanya semasa makan - walaupun sudah berkenalan lama.

Merasa pelik, Richard menyoal banduan tersebut dan mendapati banduan tersebut tersilap orang beranggapan dia adalah seorang individu lain. Selepas 15 tahun dipenjarakan tanpa sebab, itu adalah petunjuk pertama pada Richard yang mungkin mencerahkan semua persoalan yang dia simpan selama ini.

MIdwest Innocence Project

richard jones bersama keluarganya

Richard Jones mula berusaha merungkai apa yang telah berlaku pada dirinya. Berdasarkan deskripsi banduan tersebut, berkemungkinan besar apa yang berlaku padanya adalah satu kesilapan besar yang tidak disengajakan.

Richard menghubungi badan bergelar Midwest Innocence Project, sebuah organisasi amal yang bermatlamat membuka dan menyiasat semula kes melibatkan hukuman dijatuhkan ke atas individu yang tidak bersalah. Seorang peguam wanita bernama Alice Craig dilantik dan diberikan tanggungjawab menyiasat semula kes Richard. 

Alice mula membuka dan meneliti fail kes Richard yang berlaku pada tahun 1999. Beliau mendapati wujud kelonggaran pada keterangan saksi pendakwaan, kerana pendakwaan hanya bergantung sepenuhnya kepada keterangan saksi di tempat kejadian. Selain itu, dua orang yang berada dalam kereta pada malam kejadian direkodkan berkata Richard sebagai dituduh sangat mirip dengan pelaku tetapi mereka sendiri tidak yakin Richard bukan orangnya. Keterangan ini tidak diterima mahkamah kerana mereka berada dalam keadaan khayal pada waktu tersebut.

Bagaimanapun, untuk membuka semula kes Richard, Alice memerlukan seorang suspek lain bagi memulakan perbicaraan semula.

Richard mula bercerita kepada Alice tentang seorang banduan lain yang tidak dikenalinya bernama RIck atau Ricky - yang mempunyai banyak kebetulan yang sama dengannya. Mereka tinggal di daerah yang sama, mempunyai ketinggian yang hampir serupa, usia yang sama dan yang paling jelas, menurut keterangan banduan yang menegurnya, wajah mereka sangat mirip. Nama pun hampir serupa, seorang Richard, lagi seorang Ricky.

Alice berjaya mendapatkan foto Ricky Amos dan apabila diletakkan sebelah menyebelah - dia mendapati wajah Richard dan Ricky saling tak tumpah antara satu sama lain.

pelanduk dua serupa penjenayah dan tidak bersalah

Gembira dengan penemuan terbaru itu, Alice menghubungi semula saksi-saksi yang menyebabkan Richard didakwa dan berjaya mendapatkan keterangan baru. Selepas 2 tahun berhempas pulas membuktikan wujudnya kekeliruan dalam kes tersebut, Alice dan pasukannya berjaya menggugurkan semua pertuduhan ke atas Richard Jones.

Pada bulan Jun 2017, selepas 17 tahun dipenjarakan tanpa melakukan sebarang kesalahan, Richard Jones dibebaskan dari penjara.

Mangsa kejadian tersebut, seorang wanita bernama Tamara Scherer, berulang kali menyatakan kekesalannya atas kesilapan beliau dalam menuding jari mengesahkan yang Richard Jones telah merompaknya dan memohon maaf kerana menyebabkan hidup Richard terkorban 17 tahun di dalam penjara.

HIdup baru di luar penjara

richard jones 3

Memulakan hidup semula pada usia 41 tahun bukanlah satu perkara mudah untuk sesiapa saja, apatah bagi Richard yang menerima musibah atas kecuaian pihak polis dan kesilapan mahkamah.

Dua anak Richard kini sudah dewasa, dengan anak pertamanya sudahpun mempunyai dua orang cahaya mata sendiri, menjadikan Richard seorang datuk. Memang sukar untuk Richard menerima hakikat keluarganya terpaksa membesar tanpa dirinya di sisi mereka.

Alice Craig mengakui dalam temuramahnya dengan Richard, Richard sentiasa mempersoalkan mengapa dia dipenjarakan dalam satu tempoh yang cukup panjang atas kesalahan yang dia tidak faham mengapa dikaitkan dengan dirinya. Apa yang lebih membuatkan Richard tertekan selama ini, dia pelik mengapa individu-individu yang langsung tidak pernah dia temui bermati-matian mempertahankan penglibatannya dalam jenayah tersebut.

richard jones dan anak perempuannya 2

Meletakkan tanggungjawab tentang apa yang berlaku pada Richard atas kecuaian beberapa pihak berkuasa, daripada pihak polis yang menyiasat sambil lewa serta pihak mahkamah yang membuat keputusan hanya berdasarkan pandangan saksi kejadian, Alice memohon agar semua pihak yang terlibat berhati-hati agar tidak mengulangi perkara yang sama selepas ini.

Bagi Richard, dia mengakui tidak menyimpan perasaan marah pada Ricky Amos kerana semua yang berlaku padanya, bukan dirancang oleh Ricky sendiri.

Bagaimanapun, Richard mengaku dia kecewa Ricky tidak mahu membantu dalam proses membersihkan nama beliau dan mengelak daripada mengakui penglibatannya dalam kes tersebut sejak identitinya dibongkarkan. Berdasarkan undang-undang Amerika Syarikat bagi kes yang sudah terlalu lama berlaku, Ricky tidak boleh lagi didakwa atas kes tersebut melainkan dia sendiri mengaku terlibat dengannya, jadi Ricky memilih untuk berdiam diri walaupun pada ketika itu, dia sudah pun meringkuk dalam penjara.

Sebuah kutipan derma yang dimulakan oleh Midwest Innocence Project melalui portal GoFundMe bagi membantu Richard Jones memulakan hidup, berjaya mengutip lebih $24 ribu untuk perbelanjaan beliau.

Selepas Richard dibebaskan, Alice mengumumkan langkah seterusnya yang paling baik adalah menuntut pampasan ke atas 17 tahun yang hilang dari hidup Richard. Perjuangan itu mungkin panjang sedikit, kerana undang-undang di Kansas tidak mewajibkan pihak mahkamah membayar pampasan kepada individu yang dipenjarakan atas kesalahan yang dibuktikan tidak dilakukannya.

Pada bulan Februari 2018, Richard Jones serta dua orang lagi individu yang mengalami nasib sama dengan beliau mengumumkan sedang bekerjasama dengan pihak peguam, bagi menuntut pampasan RM313,000 untuk setiap tahun mereka dipenjarakan.

Rujukan

Washington Post



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FyCzHF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.