Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dibelasah Hanya Kerana Pesanan Makanan Lambat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dibelasah Hanya Kerana Pesanan Makanan Lambat



Akibat makanan dipesan lambat sampai, sekumpulan pelanggan membelasah pelayan wanita sebuah restoran di wilayah Hunan. Dalam kejadian minggu lalu, pelayan wanita berusia 48 tahun itu diserang enam hingga tujuh pelanggan dengan seorang lelaki menampar mukanya sebelum seorang wanita menarik rambut dan memukul kepalanya. 

Menurut laporan media China, kejadian berlaku di Restoran Tianxiake di Hengyang, Wilayah Hunan jam 7.42 malam. Beijing News melaporkan, rakaman CCTV menunjukkan pelayan berpakaian seragam merah dilihat menjelaskan kelewatan makanan kepada pelanggan lelaki yang kemudian menamparnya menyebabkan keadaan dalam restoran rekoch.

Pengurus restoran dikenali sebagai Li berkata, pekerja itu meminta pelanggan bersabar sementara makanan mereka disediakan. Bagaimanapun, menurutnya, pelanggan berang mendakwa mereka menunggu terlalu lama dan seorang pelanggan lelaki memberitahu pelanggan lain, makanan di restoran itu terlalu mahal.

Kemudian beberapa pelanggan wanita lain membaling cawan dan pinggan ke arah pelayan itu. Li berkata, pelayan itu sudah dua tahun bekerja di restoran itu dan menjalankan tugasnya dengan baik. 

Pelayan yang namanya tidak didedahkan itu dibawa ke hospital untuk rawatan akibat kecederaan ringan. Li membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjejaki pelanggan tidak bertanggungjawab itu.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FwXON6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.