Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harimau jadian berjaya di tangkap warga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harimau jadian berjaya di tangkap warga

Harimau jadian berjaya di tangkap warga|Pihak berkuasa menyiasat kejadian seekor harimau Sumatera yang dibunuh dengan tombak oleh penduduk kampung di Sumatera Utara kerana menyangka haiwan itu adalah manusia jelmaan harimau atau siluman.

Jakarta Post melaporkan, harimau jantan daripada spesies terancam itu dibunuh penduduk di kampung Hatupangan di Batang Natal sebelum bangkai digantung di dewan orang ramai di kampung berkenaan pada Ahad lalu.

“Harimau ini tidur di bawah rumah sebelum beberapa penduduk menikam perutnya beberapa kali menggunakan tombak,” kata ketua daerah Batang Natal, Lion Muslim kepada Jakarta Post.

Lion berkata, penduduk tahu harimau itu adalah spesies terancam dan dilindungi kerajaan tetapi mereka takut kerana terdapat khabar angin mengenai siluman yang berkeliaran di kampung berkenaan.

Sementara itu, pengarah Badan Pemuliharaan Sumber Alam (BKSDA) Sumatera Utara, Hotmauli Sianturi memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian pihaknya cuba menasihati penduduk supaya tidak membunuh harimau itu.

“Kami termasuk pegawai Tentera Nasional Indonesia ada berbincang dengan penduduk tetapi mereka tidak mendengar nasihat kami,” jelasnya.

Sementara itu, pengarah eksekutif Yayasan Scorpion, Gunung Gea kesal dengan tindakan kejam penduduk yang membunuh dan menggantung bangkai haiwan itu di dewan.

Harimau Sumatera antara spesies terancam dan bilangan haiwan itu dianggarkan tidak lebih 600 ekor

The post Harimau jadian berjaya di tangkap warga appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2D9rtqM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.