Hi! Welcome Back and Stay Tune! Empangan Tasik Chini : Mahathir Yang Bina, Mahathir Sendiri Janji Hendak Roboh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Empangan Tasik Chini : Mahathir Yang Bina, Mahathir Sendiri Janji Hendak Roboh



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir membuat satu janji yang tidak berapa cerdik di depan orang asli di Tasik Chini Pekan, Pahang apabila berjanji merobohkan satu perkara yang beliau sendiri lakukan ketika zaman pentadbirannya.  Barangkali Mahathir sendiri sudah terlupa apa yang dia buat dahulu. 

Empangan itu dibina pada tahun 1996, katanya untuk tujuan pelancongan, ketika zaman Mahathir sendiri. Dalam ceramahnya di Pekan semalam, Mahathir yang pernah jadi Perdana Menteri selama 22 tahun berjanji akan merobohkan Empangan Tasik Chini yang pernah dibina ketika zamannya hanya kerana aduan daripada orang asli ekoran pembinaan empangan itu hanya membawa masalah kepada penduduk.

Ketua Biro Orang Asli UMNO Pekan, Shaharudin Ahmad Said menyatakan "siapa yang bina? Empangan dibina ketika zamannya, sekarang dia pula yang nak robohkan?" Mentang-mentang bercakap di depan Orang Asli, Mahathir ingat mereka boleh diperbodohkan.

Ekosistem dan hidupan akuatik di tasik itu terjejas dan rosak teruk kesan daripada pembinaan empangan di Kuala Sungai Chini itu. Empangan itu dibina terlalu tinggi sehingga air tidak dapat mengalir ke Sungai Pahang seperti sebelum pembinaan empangan itu. Orang Asli tidak akan mudah terpedaya dengan janji Mahathir ini.

Mahathir sendiri sudah mengaku sebelum ini bahawa semua janji pembangkang sukar hendak ditunaikan jika mereka menang pun. Sebenarnya kehadiran Mahathir ke Pekan, petang semalam tidak memberangsangkan kerana hanya 50 orang yang hadir ke program ceramahnya itu. Boleh dikatakan Orang Asli di Pekan pun sudah tahu bahawa Mahathir adalah kaki penipu.

Mahathir dilihat cuba memperbodohkan Orang Asli. Mahathir tidak berani datang ke Pekan jumpa orang Melayu di sana kerana beliau tahu, beliau tidak akan dapat menjawab persoalan dan kemarahan orang Melayu Pekan, tempat kerusi Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir pula terdesak sampai sanggup buat janji sebegitu rupa untuk hasut orang Asli di Pekan. Kalau begitu impaknya kehadiran Mahathir ke Pekan, Najib akan kekal dan menang lebih besar lagi di Pekan nanti. Mahathir ke Pekan sebab hendak balas dendam Najib pergi ke Langkawi. Najib ke Langkawi bawa berita baik dan pembangunan untuk orang Langkawi.

Ribuan yang hadir sambut Najib di Langkawi. Di Pekan, Mahathir datang, hanya 50 orang sahaja, itu pun termasuk pengiring dan polis. Tolak semua itu tidak sampai 10 orang pun yang "dengaq" ceramah Mahathir.

Mahathir sendiri hanya berani ke Pekan tapi tidak berani untuk ke kerusi Parlimennya dulu iaitu di Kubang Pasu, ini kerana penduduk di sana sudah tahu muslihat dan penipuan Mahathir. Di sana, Mahathir buat janji apa pun pengundi sudah tidak percaya.

Begitu juga bila Mahathir tabur janji palsu dengan Orang Asli di Pekan. Di bawah Najib, orang Asli sudah dapat banyak kebaikan serta kehidupan mereka lebih baik pada masa kini berbanding ketika zaman Mahathir. Kehadiran Mahathir untuk bawa hasutan sepanjang ceramahnya di Pekan tidak dapat sambutan dan sudah tidak dihiraukan lagi.

Entah di mana lagi Mahathir hendak jaja cerita palsu dan penipunya. Ke mana-mana ulang cerita lama yang sudah basi seperti gaya orang tua yang sudah nyanyuk berceramah. Beliau datang ke Pekan kerana hanya mahu buat provokasi terhadap Najib yang datang buat lawatan ke Pulau Langkawi baru-baru ini.

Najib datang dapat sambutan, Mahathir datang orang lain pun tak berminat. Lebih lucu bila janji hendak roboh empangan yang dulunya dibuat pada zamannya sendiri.

Beruang Biru
Khamis
1 Mac 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HfYGTR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.