Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenaikan BR1M Bagi Golongan Miskin Bandar Diteliti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenaikan BR1M Bagi Golongan Miskin Bandar Diteliti


KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia meneliti untuk meningkatkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan miskin bandar, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz.

Katanya kerajaan sedar kos sara hidup di bandar adalah jauh lebih tinggi daripada di luar bandar.

"Maka insya-Allah kerajaan akan melihat semula mungkin bantuan masyarakat miskin bandar boleh ditingkatkan sikit, jadi ini adalah pelan jangka panjang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang ingin tahu sekiranya jumlah bayaran BR1M antaranya sebanyak RM900 yang diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 perlu ditingkatkan bagi mereka yang menetap di bandar.

Dalam pada itu, Othman berkata, sebanyak RM25.62 bilion telah diperuntukkan bagi BR1M dari tahun 2012 hingga 2017. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2H9pzZt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.