Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jatuh Gaung Dikejar Gajah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jatuh Gaung Dikejar Gajah



KAKITANGAN Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah cedera akibat terjatuh ke gaung selepas dikejar gajah ketika dilaporkan menghalau haiwan liar terbabit yang berkeliaran di kawasan Balai Polis Telupid dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid, dekat Telupid, semalam. 

Dalam kejadian itu, kakitangan berusia 30-an itu, bagaimanapun sudah diberikan rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil. Pengarah JHL Sabah, Augustine Tuuga berkata, kakitangannya itu terjatuh ke dalam gaung ketika menjalankan kerja menghalau gajah ke kawasan hutan berhampiran. 

“Dia dilaporkan terjatuh ke gaung ketika menyelamatkan diri apabila dikejar gajah. Mangsa kini sedang dirawat,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Mengulas lanjut konflik gajah dengan manusia di Telupid, Augustine berkata, ia berlaku sejak tahun lalu lagi membabitkan lebih 20 gajah, namun semuanya dapat ditangkap dan ditempatkan di Hutan Simpan Deramakot.

“Bagaimanapun, hanya dalam tempoh sebulan kumpulan gajah terbabit kembali semula ke Telupid sejak 18 Disember lalu,” katanya. Augustine berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya terpaksa menghantar seberapa ramai anggotanya dari daerah lain ke Telupid dalam menangani konflik berkenaan.

“Kami juga terpaksa mendapatkan bantuan belia daripada beberapa kampung di Telupid, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun setakat ini belum mampu menghalau semula semua gajah terbabit ke hutan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah menangkap lima gajah dan ditempatkan di kawasan Hutan Simpan Imbak Canyon. Semalam, NSTP melaporkan pelajar dan guru SMK Telupid gempar apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor gajah yang masuk ke dalam dewan makan asrama.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, gajah terbabit masuk ke kawasan sekolah sebelum berkeliaran dalam dewan makan asrama, namun tiada kerosakan dilaporkan. Kelmarin, kumpulan gajah sama memasuki kawasan Balai Polis Telupid selepas merosakkan pagar premis berkenaan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FtqIOp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.