Isu Murtad: PAN Pandai 'Cover Line'
Penjelasan Parti Amanah Negara (PAN) kononnya kenyataan media bertajuk “Undang-Undang Dan Garis Panduan Yang Jelas Diperlukan Untuk Menukar Agama” yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan Sarawak kelmarin bukan bertujuan membenarkan murtad sukar diterima.
Ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, PAN mendakwa kononnya Pakatan Harapan Sarawak cuma mendesak kerajaan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menentukan status seseorang itu sama ada masih Islam atau sudah keluar Islam dalam kenyataan media itu.
Bagaimanapun, kata beliau, penjelasan PAN itu jauh berbeza dengan kandungan sebenar kenyataan media Pakatan Harapan Sarawak yang mendesak Jabatan Agama Islam Sarawak membuat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela.
“Disebutkan dengan jelas dan terang dalam kenyataan media Pakatan Harapan Sarawak bahawa prosedur mestilah dinyatakan dengan jelas untuk kategori nereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam dan mereka yang berhasrat meninggalkan Islam.
“Terbuktilah pemimpin PAN cuba mengelabui mata umat Islam dengan menyebut SOP ini bukan SOP untuk riddah (murtad) sedangkan SOP ini memang SOP untuk riddah kerana jelas disebutkan dalam kenyataan media itu selain SOP itu diperlukan untuk mereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam, ia juga diperlukan untuk mereka yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam,” jelasnya di Facebook.
Justeru, Kamarul menyifatkan penjelasan PAN kononnya Pakatan Harapan Sarawak bukan mendesak kerajaan membenarkan murtad itu sebagai langkah ‘cover line’ dan ‘damage control’ oleh PAN yang menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.
Semalam, Mynewshub melaporkan Kamarul meminta Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan sama ada pendirian Pakatan Harapan Sarawak berhubung murtad dalam kalangan umat Islam baru-baru ini menyamai pendirian dan dasar Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan.
Ia berikutan Pakatan Harapan Sarawak mengeluarkan kenyataan media yang seolah-olah mendesak kebebasan untuk umat Islam murtad di negeri itu.
Kenyataan media itu ditandatangani Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak merangkap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Sarawak, Fidzuan Zaidi. – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2I4pfwv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment