Hi! Welcome Back and Stay Tune! lelaki 60 tahun kantoi hasilkan bayi dengan kekasih gelap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

lelaki 60 tahun kantoi hasilkan bayi dengan kekasih gelap

lelaki 60 tahun kantoi hasilkan bayi dengan kekasih gelap|Lelaki  ditahan selepas didapati membuat laporan palsu kononnya menemui bayi lelaki ditinggalkan di taman reaksi di Bandar Tun Razak di sini, semalam.

Lelaki berusia 60 tahun itu ke Balai Polis Serdang bersama bayi berkenaan untuk membuat laporan dan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat dalam kotak ditinggalkan di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, ketika diambil keterangan, anggota polis berasa curiga dengan maklumat yang diberikan dan hasil soal siasat, lelaki itu akhirnya mengaku bayi berkenaan adalah hasil hubungan sulit dengan teman wanitanya.

“Siasatan lanjut mendapati bayi berkenaan baru dilahirkan oleh teman wanitanya yang berusia 32 tahun di kediamannya di Cheras dengan menggunakan khidmat bidan kampung.

“Suspek kemudian terus membawa bayi terbabit ke balai polis dengan niat membuat laporan palsu, bagaimanapun banyak maklumat yang diberikannya itu meragukan,” katanya ketika dihubungi, pagi tadi.

Katanya, suspek sudah berkeluarga dan mempunyai enam anak serta sudah menjalin hubungan dengan teman wanitanya sejak dua tahun lalu.

Susulan itu, lelaki berkenaan serta teman wanita ditahan dan direman tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat membuang bayi.

Bayi berkenaan pula dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan, manakala ibu bayi terbabit dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan susulan.

The post lelaki 60 tahun kantoi hasilkan bayi dengan kekasih gelap appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2H5paqX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.