Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baru dua bulan ditubuhkan, Team Lagenda Eksdi mahu gegar arena Mobile Legends - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baru dua bulan ditubuhkan, Team Lagenda Eksdi mahu gegar arena Mobile Legends

KETIKA tumpuan peminat banyak tertumpu di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) yang berlangsung di One Utama, Petaling Jaya, Ahad lepas, pertandingan Kejohanan Mobile Legends Selangor di Shah Alam tidak kurang hebatnya.

Walaupun nilai wang kemenangan secara keseluruhan tidak sehebat MPL, namun itu tidak menghalang nama-nama gah di persada ML seperti Team Eksdi, AirAsia Saiyan, Mysterious Assasin (MyA) dan Mystic Burden, untuk menghantar wakil masing-masing ke pertandingan itu.

Selain itu, pertandingan itu juga banyak menyaksikan kemunculan pasukan-pasukan baru yang tidak diduga berjaya mengejutkan pihak lawan yang lebih jauh berpengalaman.

Pasukan Lagenda sebagai contoh, walaupun baru dua bulan ditubuhkan, sudah mampu menggegarkan arena Mobile Legends tanah air, dan kali ini mereka tampil memberi cabaran dengan nama Pasukan Lagenda Eksdi.

“Satu permulaan yang sangat baik telah dipamerkan Team Lagenda Eksdi mengambil kira bahawa pertandingan tersebut merupakan yang pertama mereka sertai di peringkat professional,” kata pengurusnya Mohd Hafis Khairullah kepada Astro AWANI baru-baru ini.

Ia dikira pencapaian yang cukup gah bagi pasukan itu kerana tanpa disangka, mereka berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir, walaupun akhirnya gagal ke peringkat akhir akibat tumpas kepada juara keseluruhan, MyA.

Dalam pertandingan akhir, MyA berjaya menewaskan satu lagi pasukan gah iaitu MG Elite, dan merangkul hadiah utama bernilai RM10,000.



Sumber Baru dua bulan ditubuhkan, Team Lagenda Eksdi mahu gegar arena Mobile Legends

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HKSLHz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.