Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak lepas 5 syarat ni, anda tak layak beli rumah pertama? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak lepas 5 syarat ni, anda tak layak beli rumah pertama?

Sebagai permulaan, tak salah untuk menyewa. Tapi yang pasti, bukan selama-lamanya.

Tapi sebelum mula cari rumah, wajib pastikan yang korang betul-betul mampu terlebih dulu. Kalau tak, korang memang sengaja cari nahas.

Soalan yang wajib korang jawab adalah :

“Mampu ke aku tanggung komitmen ni setiap bulan, tanpa gagal?”

Sediakan diri korang cukup-cukup dengan hadamkan perkongsian simple Tok hari ni.

#1: Belum ada sebarang simpanan dalam tangan

Ramai yang dah sedia maklum. Rumah bukan satu pembelian yang murah.

Banyak perkara yang kita kena sediakan. Daripada downpayment, hingga ke bayar peguam dan lain-lain lagi kos yang kita kena tanggung.

Paling kurang, kena sediakan dalam 10 hingga ke 15% simpanan daripada harga jualan rumah tu. Insuran semua lagi.

Pendek kata, kalau takde langsung apa-apa simpanan, memang tak lepas nak beli. Tapi tak bermakna impian korang tu dah terkubur ya.

Mulakan simpan duit bermula sekarang. Ada banyak je teknik simpan dan gandakan duit yang boleh kita gunakan. Korang boleh je skrol tip dalam blog ni atau cari kat Internet.

Semua ilmu dah tersedia. Tinggal kita je nak hadam dan mulakan tindakan.

Nota : Nak baca lebih lanjut cara nak simpan duit dengan berkesan? Klik sini sekarang.

#2 : Skor kredit anda tak semenggah mana

Skor kredit (CCRIS) yang cun-melecun adalah kunci utama untuk kita lulus loan rumah dengan mudah.

Selagi korang dapat skor “0” je, korang masih ada peluang cerah untuk dapatkan pinjaman. Dan ini part yang paling tricky yang ramai orang kantoi.

Kalau miss bayar hutang sebulan tu, mungkin bank boleh tutup sebelah mata dan approve permohonan korang.

Tapi kalau dah kronik sangat (ada rekod nombor yang lebih besar daripada “1”), memang patut korang risau.

Bank dapat menilai disiplin korang membayar hutang daripada rekod ni. Kalau gagal bagi bukti yang kita ni bukan seorang pembayar hutang yang baik, memang susah bank nak lepaskan loan.

Nota : Nak tahu apa yang bank mahukan, supaya loan rumah dapat lulus dengan mudah? Klik sini sekarang.

#3 : Terlampau banyak hutang kad kredit

Tok yakin korang semua dah tahu dan faham kepentingan DSR untuk dapatkan loan rumah.

Dan peratus maksimum DSR berbeza untuk setiap bank yang ada. Yang ni, korang kena kaji sendiri dan semak dengan pegawai bank sebelum nak apply untuk loan rumah nanti.

Antara yang penting kita kena jaga adalah pastikan credit limit kita tak cecah 70% (limit DSR pun gunakan nombr yang sama ya).

Ini nombor keramat yang korang wajib jaga kalau nak bank luluskan loan.

Selagi tak lupuskan hutang bank yang banyak tu, buat bersabar dulu. Settle-kan segala hutang yang ada dulu, baru fikir nak beli rumah ya.

Nota : Korang nak langsaikan hutang kad kredit? Boleh klik sini dan baca perkongsian ni.

#4 : Selalu kantoi bayar hutang pada masanya

Tak baik bersangka buruk kat orang lain. Jadi, Tok bersangka baik kat korang ya.

Tok tahu ramai antara kita ada duit untuk bayar hutang, tapi ramai yang terlupa nak bayar tepat pada waktunya.

Mungkin desakan duniawi makin bertambah kot. Lagi-lagi yang dapat bonus tu. Ya, mohon terasa.

Tak elok ada perangai ni. Kalau suka bayar hutang lambat (atau paling teruk, tak bayar hutang langsung), itu tanda-tanda korang masih lagi tak layak nak beli rumah.

Nanti ada pulak kes bayar ansuran rumah lambat. Lepas tu, salahkan orang lain bila rumah kena tarik dengan bank.

Padahal, diri sendiri yang cari pasal. Siapa suruh?

Nota : Nak settle-kan hutang yang semakin menimbun? Jom baca tip ni sekarang. Klik sini

#5 : Anda masih tak ada kerja yang stabil

Dan tak dapat nak nafikan lagi. Kita juga perlukan aliran pendapatan yang baik sebagai gadai janji kalau nak membeli rumah.

Kalau korang risau pasal pekerjaan sekarang (ada ura-ura syarikat tu nak downsize dan sebagainya), atau pendapatan hanya cukup-cukup makan saja, bermakna korang masih belum layak untuk beli.

Sekarang ni, fokus 100% untuk naikkan pendapatan korang setiap bulan. Berniaga ke, kerja overtime ke, tak kisah. Asalkan sumber rezeki tu halalan toyyiban.

Ingat ya. Matlamat tak pernah menghalalkan cara.

Ansuran rumah adalah yang paling penting kita kena tanggung bila dah beli rumah nanti.

Cuba fikirkan, apa yang akan jadi kalau korang tiba-tiba hilang sumber pendapatan ni? Adakah korang masih mampu nak bayar kos bulanan nanti?

Kita wajib fikir dan ambil kira semua perkara yang terlibat. Itu pun kalau korang tak nak susah pada masa depan la.

Selagi boleh, Tok tak nak korang buat silap dalam hal membeli rumah.

Kalau belum mampu, buat cara belum mampu dulu. Dan pada masa yang sama, usahakan tambah sumber pendapatan daripada pelbagai sudut.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tok tahu korang boleh punya. You will survive (bayangkan lagu “I Will Survive” dalam kepala korang sekarang).

The post Tak lepas 5 syarat ni, anda tak layak beli rumah pertama? appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2c8LZLc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.