Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siapa Ibu Bapa 'Baby'..? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siapa Ibu Bapa 'Baby'..?



BAYI perempuan dianggarkan berusia antara enam hingga 12 bulan ditemui ditinggalkan dalam kotak di pondok hentian bas di Kampung Rastamas, Jalan Apas, Tawau, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, bayi itu yang memakai baju merah jambu ditinggalkan bersama beg barangan bayi ditemui oleh wanita pada 7.30 malam. Katanya, wanita itu pada mulanya terdengar suara bayi menangis sebaik turun dari bas ketika mahu pulang ke rumahnya.

“Dia kemudian pergi ke pondok hentian bas itu, sebelum melihat bayi perempuan berkulit cerah diletakkan di dalam kotak. Melihat keadaan bayi yang menangis, wanita itu membawanya bersama barang yang ditinggalkan ke balai polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Fadil berkata, bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Tawau dan pemeriksaan mendapati anggaran usianya antara enam hingga 12 bulan dengan berat 12 kilogram. Selain itu, katanya, tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh bayi dan hanya terdapat alahan pada kulit di bahagian leher serta celah kelangkang.

“Bayi itu kini ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JXEjN7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.