Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangunan Negara Tidak Mungkin Dilakukan Oleh Seorang Individu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangunan Negara Tidak Mungkin Dilakukan Oleh Seorang Individu



Seperti yang dijangkakan, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini. Sebelum ini, dia cuba bermain teka teki dengan menyatakan, dia mungkin akan bertanding di Putrajaya ataupun Kubang Pasu, kerusi yang menyaksikan dia diangkat sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Kecenderungan Mahathir terhadap Langkawi sebenarnya mudah untuk di baca. Manakan tidak, terdapat segelintir penduduk di Langkawi mendakwa, jika tidak kerana Mahathir, Pulau Lagenda berkenaan tidak akan maju seperti yang dilihat pada hari ini. Dakwa mereka, atas kerja keras Mahathirlah pulau berkenaan menjadi pusat tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Hakikatnya, pembangunan sesebuah tempat termasuk Langkawi tidak terhad kepada sumbangan atau kerja keras seorang sahaja. Mana mungkin, Mahathir seorang mampu membangunkan Langkawi jika tidak ada kerajaan yang kukuh serta parti yang menyokong perjuangannya.

Hari ini, dia sudah berada di pihak pembangkang dan sudah semestinya, tidak ada apa yang mampu dibawa olehnya memandangkan selama ini, pembangunan dan kemajuan yang dinikmati hari ini banyak disumbangkan oleh sebuah kerajaan yang stabil.

Mahathir boleh sahaja mendakwa begitu dan begini, namun dia juga tidak mungkin mampu menafikan segala peruntukan yang dikeluarkan untuk Langkawi datangnya dari kerajaan, bukannya datang dari duit poketnya sendiri.

Malah, dia sendiri turut gagal membawa impak pembangunan dan kemajuan di Kubang Pasu yang dikuasainya sejak sekian lama. Mungkin, satu-satunya kesan pembangunan yang dibawa Mahathir adalah memperindahkan Pekan Rabu yang kerap dikunjunginya. Selain daripada itu, tidak banyak pembangunan mahupun kemajuan di bawa ke Kubang Pasu.

Perlu diingatkan, Pulau Langkawi adalah salah sebuah lokasi pelancongan yang mendapat perhatian khusus kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan. Mahukah penduduk di Langkawi membiarkan pulau berkenaan ditadbir oleh individu yang tidak mampu membawa sebarang perubahan dan kemajuan menerusi sebuah pakatan yang sering bergolak dan bercelaru?

Benar, Mahathir mengetuai Pakatan Harapan hari ini namun ianya bukan lesen atau tiket untuk warga Langkawi terpengaruh dengan dakyah yang dia sendiri reka. Banyak penipuan dan fitnah yang ditabur oleh Mahathir tanpa mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaannya. Usahlah terpedaya dengan helah seperti ini. Jangan perjudikan masa depan hanya semata-mata kononnya terhutang budi kepada individu bernama Mahathir.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HdzRbw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.