CloudFlare Memperkenalkan Perkhidmatan DNS Percuma Memfokuskan Privasi Dan Kepantasan – 1.1.1.1
Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan DNS percuma menyasarkan pengguna, termasuk yang popular adalah Google DNS dan juga OpenDNS. Memasuki arena sama hari ini adalah CloudFlare melalui penawaran mereka dinamakan 1.1.1.1.
CloudFlare mengatakan penawaran DNS mereka adalah yang paling pantas didunia berbanding dengan penawaran penyedia yang lain. Disamping itu, CloudFlare turut menjanjikan yang mana mereka tidak menyimpan atau menjual data pengguna.
Untuk makluman, setiap peranti yang berhubung melalui internet mempunyai alamat mereka tersendiri. Melaluinya, beberapa pihak – sebagai contoh penyedia perkhidmatan berkenaan boleh mengetahui laman-laman yang anda lawati dan sebagainya. Perkara ini boleh dikatakan tidak selesa bagi sesetengah pengguna dari segi privasi – selain mana ia juga kadang-kala sedikit perlahan berbanding yang lain.
Melalui 1.1.1.1, ia mengatasi kedua-dua perkara berkenaan. Ia membolehkan anda melindungi apakah yang anda mengakses ketika melayari internet, selain membolehkan anda mengakses sesuatu web dengan lebih pantas.
Menurut CloudFlare, bagi para penyedia web yang turut menggunakan perkhidmatan mereka, pengguna yang menggunakan DNS 1.1.1.1 ini akan dapat melihat akses yang lebih laju ke laman berkaitan berbanding sebelum ini.
Bagi anda yang berminat menggunakan DNS 1.1.1.1 pada peranti anda, anda boleh melayari laman 1.1.1.1 hari ini, mengikuti tutorial yang disediakan, dan meningkatkan lagi kadar privasi pada peranti anda hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Gqx1Ds
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment