Sudah Tinggal Sebumbung Dengan Armin? Ini Jawab Ziana Zain
Kredit foto: Instagram Ziana Zain
Penyanyi Ziana Zain nekad menyelesaikan isu rumah tangganya dengan sebaik mungkin agar tidak mengguris hati mana-mana pihak.
Penyanyi dan pelakon terkenal itu menyifatkan ia isu sensitif yang perlu ditangani dengan keputusan yang bijak demi menjaga perasaan pihak tertentu.
Dalam masa sama, Ziana, 49, berkata, dia dan suami memerlukan ruang untuk berfikir demi menyelesaikan kemelut perhubungan yang dihadapi.
Kredit foto: Instagram Ziana Zain
"Pihak saya dan dia (suami), masing-masing perlu ruang dan masa untuk berfikir. Saya ada benda yang perlu dibuat, begitu juga dirinya.
"Lagipun, perkara ini sudah di bawa ke mahkamah, jadi ia sangat sensitif. Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang keputusan, kami perlu berfikir masak-masak memandangkan ada banyak hati yang perlu dijaga," katanya menurut portal BH Online.
Ditanya berkenaan keterbukaannya berhadapan dengan umum ketika isu itu sedang hangat diperkatakan ramai, pelantun Madah Berhelah ini berkata, dia hanya bersikap komited terhadap tugasannya sebagai anak seni.
Kredit foto: Instagram Ziana Zain
"Saya perlu kuat kerana ini adalah periuk nasi saya. Tuhan itu maha kaya dan saya percaya setiap perancangannya pasti ada hikmah yang menanti.
"Kita tidak tahu apa yang berlaku di hadapan nanti. Dalam hal ini, saya lebih suka mengikuti apa yang sudah direncanakan untuk kita," katanya.
Ziana membuat kenyataan sebagai mengulas soalan adakah beliau dan suami, Armin Zaharin sudah tinggal sebumbung selepas lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin beberapa minggu lalu.
Berdasarkan pertuduhan, Armin yang berusia 53 tahun didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang anak lelakinya dengan menggunakan rotan dalam kejadian yang berlaku pada 24 Februari lalu.
Bekas Ketua Pramugara itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.
Ziana ditemui ketika membuat persembahan dalam sesi rakaman program Konsert Dimensi Legenda Raya yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri di ibu kota malam tadi.
Penyanyi itu berkahwin dengan Armin pada Mei 1998 di mana sehingga kini mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19; Muhammad Ammar, 14; serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H2CsFY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment