Isteri George Clooney Umum Wakili Wartawan Reuters
Peguam hak asasi manusia Britain, Amal Clooney, akan mewakili dua wartawan Reuters yang ditahan di Myanmar dalam kes yang menimbulkan kemarahan global.
Wartawan Myanmar itu, Wa Lone, 31 dan Kyaw Soe Oo, 27, ditangkap Disember lalu dan didakwa menurut Akta Rahsia Rasmi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun.
Mereka menyiasat pembunuhan 10 lelaki Islam Rohingya tidak bersenjata dilakukan pasukan keselamatan dan penduduk etnik Rohingya tempatan di negeri Rakhine yang dilanda krisis itu.
“Wa Lone dan Kyaw Soe Oo didakwa cuma kerana mereka melaporkan berita. Saya sudah menilai fail kes dan memang jelas kedua-dua wartawan itu tidak bersalah dan perlu dibebaskan segera.
“Mereka juga dinafikan ikat jamin dan berhadapan 14 tahun penjara. Keputusan kes itu akan memberitahu kita banyak perkara mengenai komitmen Myanmar kepada peraturan undang-undang dan kebebasan bersuara,” kata isteri kepada pelakon George Clooney itu.
Pembabitan peguam berketurunan Lubnan itu akan meningkatkan perhatian global sekitar prosiding terhadap kedua-dua wartawan berkenaan, yang ditahan di penjara Yangon.
“Kami akan menggunakan semua cara untuk membebaskan wartawan kami.
“Pembabitan Clooney mengukuhkan kepakaran perundangan antarabangsa kami dan membolehkan kami meluaskan usaha ini,” kata ketua majlis Reuters, Gail Gove.
The post Isteri George Clooney Umum Wakili Wartawan Reuters appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GrnU1j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment