Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak Mahu “Tengok Saja”, Kho Teck Wan Fokus 10 Teras Hebatkan Kuching - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak Mahu “Tengok Saja”, Kho Teck Wan Fokus 10 Teras Hebatkan Kuching


KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) P.195 Bandar Kuching Kho Teck Wan tidak mahu warga Bandar Kuching sekadar jadi saksi kepada perkembangan pesat serta pembangunan insfratruktur secara besar-besar yang sedang berlaku di kawasan berdekatannya iaitu Petra Jaya.

“Sampai bilakah kita hanya mampu ‘tengok saja’ seperti yang dilakukan wakil dari DAP, manakala yang lain sedang menikmati pembangunan di kawasan mereka?,” katanya.

Menurutnya, akibat kegagalan wakil DAP, sejak 14 tahun lepas Bandar Kuching sudah kehilangan berbilion ringgit dana pembangunan. Bahkan kini Bandar Kuching mengalami banjir kilat hampir setiap tahun, perniagaan semakin merosot dan kekurangan peluang pekerjaan baru di bandar.

Justerus, beliau menawarkan komitmen tanpa berbelah bagi untuk membawa Bandar kuching bergerak ke hadapan dengan memfokuskan 10 teras utama menerusi manifesto khas untuk Bandar Kuching.

Berikut adalah 10 teras yang ditawarkan Kho Teck Wan dalam Manifesto Bandar Kuching;

1. Mewujudkan ekonomi yang lebih kukuh

2. Menyelesaikan masalah banjir

3. Mempromosi  pembaharuan bandar

4. Menaiktaraf Bandar Kuching sebagai pusat digital

5. Menyediakan dana pendidikan

6. Menyediakan bantuan kewangan kepada institusi keagamaan dan kebudayaan

7. Menubuhkan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak

8. Menubuhkan lebih banyak Pusat Program Lepas Sekolah

9. Meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan sosial

10. Menubuhkan Pasukan Petugas Aspirasi Wanita (SWAT)


“Kini, kita ada pilihan, iaiut samada kita mahu melihat tranfromasi Our Home – Bandar Kuching atau terus “tengok sahaja” untuk 5 tahun lagi? 14 tahun sudah cukup lama1!.

“Saya seperti anda juga, ingin melihat penambahbaikan semula untuk Bandar Kuching, tetapi saya tidak dapat melakukannya tanpa penglibatan dan sokongan anda.

“Saya Kho Teck Wan, saya sedia berkhidmat untuk semua,” katanya menerusi manifesto tersebut. - Sarawakiana




✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HzfBFn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.