Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas pengawal peribadi Tun M dedah rahsia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas pengawal peribadi Tun M dedah rahsia

KUALA NERANG: Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh mengembalikan semula kenangan bekas pengawal peribadi beliau semasa bertugas. Saad Hashim, 77 tahun, berkata, dia sungguh terharu apabila Mahathir sekali lagi dilantik sebagai perdana menteri.

Menurut Saad atau lebih dikenali Pak Ad berkata, dia pernah berkhidmat selama 30 tahun ketika Mahathir menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu.

“Saya sangat gembira apabila Tun dilantik sekali lagi dan terasa ingin bertugas kembali tetapi kudrat saya hari ini sudah tidak mampu lagi untuk bekerja. Ini berbeza dengan Tun walaupun sudah berusia 93 tahun tetapi masih mampu tunggang kuda dan kayuh basikal.

“Sejak dahulu lagi Tun sangat menjaga kesihatannya dengan hanya makan ala kadar untuk mengalas perut sahaja. Apa yang uniknya Tun tidak makan ikan kerana dididik oleh ibunya sejak kecil lagi,” kata bekas Setiausaha Kerja Umno Bahagian Kubang Pasu.

Menurut Pak Ad, sepanjang berkhidmat, Mahathir disifatkan sebagai seorang yang sangat menepati masa.

Bagi Mahathir masa adalah seperti emas dan sangat berharga. Setiap kali jika ada sebarang program semua kakitangan yang bertugas akan datang lebih awal lagi.

“Tun seorang yang tegas dan berani. Jika beliau hendak sesuatu pasti akan pergi tidak kira sama ada bahaya atau tidak. Contohnya semasa pembinaan Universiti Utara Malaysia (UUM) dia mengajak saya bersamanya walaupun kawasan itu bahaya sebelum ini.

“Tun sendiri mahu melihat sejauh mana pembinaan UUM pada masa itu. Ini menunjukkan dia sangat mengambil berat tentang pembangunan serta pendidikan kepada masyarakat terutamanya pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke situ nanti,” katanya.

Menurut Pak Ad, tabiat yang masih kekal pada Mahathir sehingga hari ini ialah sering membawa buku catatan dan pen untuk dicatat segala masalah rakyat atau sesuatu yang baharu baginya.

Buku catatan dan pen seperti nyawa beliau kerana Mahathir tidak akan pergi ke mana-mana tanpa dua benda itu walaupun pergi ke luar negara.

“Oleh itu tidak hairanlah jika Tun keluar negara pun dia akan mencatat segala apa yang dia lihat dan dengar supaya dapat memberi panduan kepadanya.

“Sebab itu banyak pembaharuan dibawa masuk semasa di bawah kepimpinannya dengan pelbagai dasar supaya memajukan negara kita ini,” katanya.

 

Sumber :



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GfNpC9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.