Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jawatan Guan Eng Sebagai Menteri Kewangan Belum Muktamad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jawatan Guan Eng Sebagai Menteri Kewangan Belum Muktamad




PUTRAJAYA 14 Mei - Biar pun telah diumumkan sebagai Menteri Kewangan yang baharu, kedudukan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai menteri kanan dalam kerajaan masih belum muktamad.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kedudukan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan akan diketahui selewat-lewatnya minggu ini.

Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat bagi menunggu laporan penuh daripada pihak mahkamah berhubung kes rasuah dihadapinya.

“Saya baharu sahaja menamakan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, beliau belum lagi angkat sumpah dalam jawatan itu.

“Kita tunggu dahulu bagaimana,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kes rasuah mengenai pembelian banglo yang dihadapi Guan Eng baru-baru ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan pelantikan itu dengan menyifatkan pelantikan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan; Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan) belum muktamad dan masih dalam perbincangan.

Bagaimanapun, kepimpinan PKR hari ini mengesahkan isu tersebut tidak berbangkit lagi.-UTUSAN ONLINE.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Igt70V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.