Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak perlu mansuh GST, tapi letak pada kadar sifar: Zaharudin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak perlu mansuh GST, tapi letak pada kadar sifar: Zaharudin

SHAH ALAM – Cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak perlu dimansuhkan sebaliknya cukup sekiranya cukai itu diletakkan pada kadar sifar.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, ini  kerana setiap peniaga dan syarikat  telah  mengaplikasi sistem GST dalam sistem akaun dan POS masing-masing ( semua itu dengan kos).

“Jika pemansuhan dilakukan, mereka bakal menanggung kos tambahan untuk mengemaskini sistem dan akaun. Justeru, mengosongkan kadar adalah lebih mesra peniaga dan pengguna sekaligus,” katanya menerusi posting di Facebooknya.

Beliau berpendapat, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak boleh diletakkan pada kadar lima atau 10 peratus tetapi perlu lebih rendah daripada lima peratus.

“Jika tidak, SST bakal menjadikan harga meningkat juga akhirnya kerana peniaga bakal menjadikannya alasan untuk menaikkan harga dengan SST dikira sebagai kos mereka. Akhirnya nanti menjadi formula yang rosak,” katanya.

Menurutnya, kerajaan perlu segera membuat kira-kira unjuran kehilangan hasil negara dari sumber GST dan cara bagaimana pemotongan kos operasi kerajaan agar tidak negatif kelak.

“Atau mungkin, boleh kekalkan GST pada servis dan barangan mewah terlebih dahulu buat sementara waktu menstabilkan pendapatan kerajaan dan perbelanjaan.

” Ini kerana orang berstatus T20 mungkin jarang melihat resit pun ketika membeli. Ertinya, mereka tidak kisah sangat dan sanggup menanggungnya berbanding kumpulan M40 dan B40,” katanya.

 

Sumber :



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L07X4Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.