Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Hargai Jasa Guru Al-Quran Dan Juru Urus Jenazah Serta Penggali Kubur.” Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Hargai Jasa Guru Al-Quran Dan Juru Urus Jenazah Serta Penggali Kubur.” Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir..



KERAJAAN Negeri Kedah akan terus menghargai jasa guru Al-Quran sukarela dan juru urus jenazah serta penggali kubur di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau mahu ilmu dan kemahiran golongan yang tidak ‘didendang’ ini dikenang oleh semua peringkat masyarakat walaupun kini pembelajaran agama dikuasai penggunaan teknologi.


“Kini peranan mereka makin mengecil kerana ada Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan guru J-Qaf, namun saya mahu peranan mereka terus diberi tempat di kampung mereka.

“Disebabkan itu juga saya meneruskan tradisi yang pernah saya lakukan dulu dengan memberi sumbangan kepada mereka pada setiap Ramadan,” katanya kepada media.


Beliau ditemui selepas menyerahkan sumbangan dan berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Al-Ubudiah Kampung Weng, Baling, semalam.

Turut hadir, Pegawai Daerah Baling, Datuk Md Shuhaime Abd Rahman.


Pada majlis itu, lebih 100 penduduk termasuk mangsa banjir yang melanda daerah ini baru-baru ini menerima sumbangan daripada Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan Pejabat Daerah Baling.

Terdahulu ketika ditanya mengenai lantikan Speaker Dewan Undangan Negeri, Mukhriz berkata, perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat nanti.

“Saya akan masuk dalam mesyuarat perkara itu,” katanya ringkas.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jh101e

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.