Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia Mobile Melancarkan Tiga Telefon Pintar Baru – Nokia 2.1, Nokia 3.1, Dan Nokia 5.1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia Mobile Melancarkan Tiga Telefon Pintar Baru – Nokia 2.1, Nokia 3.1, Dan Nokia 5.1

Nokia Mobile hari ini telah mengadakan sebuah acara khas di Russia, sekaligus melancarkan sebanyak tiga telefon pintar baru yang juga kemaskini kepada model-model sedia ada sebelum ini.

Tiga telefon pintar yang dilancarkan hari ini adalah Nokia 2.1, Nokia 3.1, dan juga Nokia 5.1 – yang mana merupakan kemaskini kepada model Nokia 2,3, dan 5 sebelum ini.

Nokia 5.1

Menjadi fokus utama dan paling berkuasa antara ketiga-tiganya adalah Nokia 5.1. Telefon pintar ini hadir dengan skrin 5.5-inci dengan nisbah skrin 18:9, dijana menggunakan cip MediaTek Helio P18, memori dengan pilihan 2/3GB RAM, dan storan sehingga 32GB. Nokia 5.1 hadir dengan kamera belakang 16-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bakal dijual bermula bulan Julai kelak.

Nokia 3.1

Nokia 3.1 pula menawarkan saiz sedikit kecil – iaitu hadir dengan skrin 5.2-inci dengan nisbah skrin 18:9, dijana cip MediaTek 6750, memori dengan pilihan 2/3GB RAM, dan storan sehingga 32GB. Peranti ini hadir dengan kamera utama 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan akan ditawarkan bermula Jun ini.

Nokia 2.1

Dan akhir sekali adalah Nokia 2.1 dengan fokus terhadap masa penggunaan bateri. Nokia 2.1 hadir dengan skrin 5.5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 425, 1GB RAM, 8GB storan, kamera hadapan 5-megapixel dan 8-megapixel. Nokia mengatakan bateri 4000mAh padanya kini boleh dicas lebih pantas, selain menawarkan masa penggunaan hampir 2 hari lamanya.

Nokia 5.1 dan Nokia 3.1 hadir dengan sistem operasi Android One yang menawarkan kemaskini Android dengan pantas, sementara Nokia 2.1 pula hadir dengan Android Go yang memfokuskan peranti dengan 1GB RAM dan kebawah.

Nokia turut mengatakan ketiga-tiga peranti ini bersedia untuk kemaskini Android P akan datang.

Buat masa ini, penawaran Nokia 2.1, Nokia 3.1, dan Nokia 5.1 untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa sebulan dua akan datang ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H2kmSH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.