Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Terhutang Budi Kepada Tun Razak. Saya Sangkakan Najib Akan Menjadi Seperti Bapanya, Tetapi Ternyata Saya Silap," Tun Mahathir.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Terhutang Budi Kepada Tun Razak. Saya Sangkakan Najib Akan Menjadi Seperti Bapanya, Tetapi Ternyata Saya Silap," Tun Mahathir..



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan diambil terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak adalah dua kes berbeza lapor Berita Harian.

Perdana Menteri berkata, kesalahan dilakukan Najib dilaporkan oleh media dan masyarakat bercakap mengenainya selama bertahun-tahun.


Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, maklumat berkaitan kes Anwar diperoleh daripada polis yang dengan sendirinya membezakan kes dua individu berkenaan.

"Dalam kes Anwar, saya dimaklumkan oleh polis tetapi dalam kes Najib, saya tahu sendiri. Saya mendapat maklumat daripada sumber awam, media dan semua orang bercakap mengenai apa yang dilakukannya.

"Beliau (Najib) tidak menyaman mereka yang membuat tuduhan, sekali gus membuktikan semua perkara itu memang dilakukannya. Maka dalam kes Najib, saya tahu ia berbeza," katanya dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge Weekly.


Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1 Disember 1993 sebelum dipecat daripada Kabinet pada 2 September 1998 hingga membawa kepada hukuman penjara.

Keadaan itu menyaksikan kedua-duanya berseteru selama beberapa tahun sehinggalah Dr Mahathir meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Harapan pada 2016.

Ditanya sama ada sukar baginya mengambil tindakan terhadap Najib berikutan hubungan baiknya bersama bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, Dr Mahathir mengakui pelantikan Najib dibuat atas rasa terhutang budi kepada bapanya.


"Tanpa Tun Razak, saya tidak akan menjadi Perdana Menteri (kali pertama pada 1981). Tun Razak memberitahu Tun Hussein Onn (Perdana Menteri ketiga) untuk menghubungi saya jika mempunyai masalah.

"Justeru, apabila Tun Hussein perlu memilih daripada tiga Naib Presiden UMNO, beliau memilih saya.

"Itulah bagaimana saya menjadi Perdana Menteri, maka saya terhutang budi kepada Tun Razak. Saya sangkakan Najib akan menjadi seperti bapanya, tetapi ternyata saya silap," katanya.

Sumber; Berita Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2kxjT1Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.