Motorola One Power Tertiris – Peranti Android One Kedua Daripada Lenovo
Moto adalah penjenamaan untuk peranti daripada Lenovo selepas mereka membeli Motorola. Terkini, pihak Lenovo dilihat bakal terus menggunakan jenama Motorola dan tidak lagi Moto by Lenovo. Peranti baru pertama dengan penjenamaan ini adalah Motorola One Power – peranti Android One kedua daripada Lenovo selepas Moto X4.
Menurut Android Headlines, informasi ini diterima daripada sumber yang boleh dipercayai. Motorola One Power ini dilihat menggunakan rekaan skrin bertakuk dan juga tetapan dwi-kamera yang menegak. Informasi lain pula adalah, Motorola One Power ini adalah pewaris kepada Moto X4 iaitu Moto X5. Akan tetapi, pihak Lenovo membatalkan pelancaran Moto X5 dan peranti Android One baru ini mungkin adalah pewaris seterusnya.
Rekaan Motorola One Power ini juga dilihat hampir sama dengan rekaan Moto G6. Tetapi mempunyai skrin yang lebih banyak dengan rekaan skrin bertakuk dan mempunyai bingkai dan dagu yang lebih nipis. Rekaan kamera pula tidak lagi mempunyai rekaan bulat dan berada di tengah seperti peranti Moto lain.
Tidak pasti lagi bilakah ia akan dilancarkan. Jika ia adalah pewaris kepada Moto X4, ia mungkin akan hadir dengan spesifikasi hampir sama seperti cip pemproses kelas pertengahan yang berkuasa, sokongan kalis air dengan pensijilan IP dan mungkin akan dijual pada harga yang lebih kurang sama – iaitu RM1899.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J1CU7z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment