Adobe Dijangka Melancarkan Versi Penuh Aplikasi Photoshop Untuk iPad
Adobe sedia popular dengan perisian Photoshop mereka untuk memudahkan penyuntingan gambar. Ia digunakan secara aktif pada desktop, namun pada peranti mudah-alih, aplikasi alternatif seperti Pixelmator, dan Affinity lebih popular.
Namun, hal ini dijangka berubah tidak lama lagi. Menurut Bloomberg, Adobe dijangka melancarkan versi penuh aplikasi Photoshop untuk iPad tidak lama lagi.
Pengenalan aplikasi Photoshop untuk iPad semestinya akan menambah lagi jumlah pengguna perisian berkenaan – selain pada masa yang sama membuatkan ramai pereka grafik turut mendapatkan iPad sebagai salah satu peranti alternatif.
Ia dikatakan langkah terbaru Adobe ini adalah dalam usaha menawarkan perisian mereka pada pelbagai peranti – dan menyelarikan penawaran kandungan menggunakan sokongan awam.
Sekiranya hal ini benar, maka kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai Photoshop untuk iPad pada acara Adobe MAX bulan Oktober kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uvW0MR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment